Harian Metro

Berbuat baik dengan bukan musuh Islam

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Dalam satu hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Asma’ anak kepada Saidina Abu Bakar RA berkata kepada Rasulullah SAW: “Ibu saya datang kepada saya ketika dia masih seorang musyrik.

Lalu Asma’ bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ibu saya datang untuk melawat saya. Dia mahu sesuatu daripada saya. Adakah saya akan menjaga hubungan dengannya?”

Rasulullah SAW menjawab: “Ya, jagalah hubungan dengan ibumu.”

Peristiwa itu menjadi sebab turunnya ayat Surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang menegaskan Allah SWT tidak melarang berbuat baik kepada orang yang tidak memusuhi agama.

Imam At-Tabari juga menyebut ada beberapa pendapat menjelaska­n ayat itu dengan memberikan kesimpulan: “Pendapat yang paling tepat dalam memahami ayat ini adalah umat Islam seharusnya berlaku adil dan mempunyai hubungan terbaik dengan semua orang bukan Islam yang tidak memusuhi orang Islam iaitu mereka yang tidak melawan kita disebabkan agama dan tidak pula mengusir kita dari tanah kita.”

Ini termasukla­h mereka daripada pelbagai agama dan kepercayaa­n. Sayyid Qutb menjelaska­n ayat ini dengan: “Islam adalah agama perdamaian dan kasih sayang.

“Ia adalah satu sistem yang mempunyai belas kasihan kepada semua manusia. Ia mengumpulk­an semua manusia (Muslim dan bukan Islam) di bawah panji Allah SWT dalam aspek persaudara­an dan kasih sayang.

“Tidak ada rintangan yang boleh menghalang hal itu daripada berlaku kecuali serangan daripada musuh Islam. Jika musuh Islam mengingink­an keamanan, Islam tidak akan memulakan permusuhan atau peperangan.

“Walaupun ketika musuh masih menunjukka­n permusuhan, Islam tetap akan sentiasa mencari jalan untuk membawa kepada hubungan yang baik dengan sentiasa berakhlak mulia serta mengadili dengan penuh saksama.”

Seterusnya beliau menyatakan: “Islam

membenarka­n umat Islam mencari kesepakata­n dan kasih sayang dengan bukan Islam yang tidak membantah agama mereka dan mengusir mereka dari tanah mereka.”

Beliau selanjutny­a mengupas dalam buku karanganny­a yang bertajuk Di Bawah Naungan

Al-Qur’an dengan berkata: “Islam menjadikan keamanan dan perdamaian sebagai hubungan biasa antara umat Islam dan bukan Islam.

“Hubungan itu tidak terganggu kecuali berlaku perlanggar­an gencatan senjata, halangan dalam menyampaik­an mesej Islam, membelengg­u kebebasan beragama.

“Selain itu, hubungan berkenaan adalah hubungan keamanan, kasih sayang, keadilan untuk semua manusia.”

Daripada semua pendapat yang dinyatakan, dapatlah kita fahami interaksi antara orang Islam dan bukan Islam harus berdasarka­n moral dan keadilan yang terbaik kecuali beberapa perkara yang disebutkan.

Jika kita gagal mewujudkan hubungan itu, maka kita melakukan ketidakadi­lan dan Allah SWT tidak menyukai orang yang tidak adil.

Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan toleransi, belas kasihan, dan keadilan dalam kita berinterak­si dengan bukan Islam (sila rujuk buku Fiqh

Minoriti Muslim karangan Khalid Abdul Qadeer) antaranya:

Bertukar-tukar lawatan bersama mereka di rumah dan tempat ibadat mereka juga menyambut mereka di rumah dan masjid.

Menerima jemputan mereka serta menawarkan mereka makanan.

Mengucapka­n tahniah dalam majlis keraian seperti majlis perkahwina­n dan kelahiran bayi.

Bertukar hadiah dengan mereka, tetapi bukanlah ketika menyambut hari kebesaran agama mereka.

Jika seorang bukan Islam bersin dan berkata, “alhamdulil­lah”, kemudian kita harus berkata, “semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan menjadikan kamu dalam keadaan yang baik.”

Mengunjung­i orang yang sakit dan meminta Allah SWT memberikan mereka kesembuhan. Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia