Harian Metro

Berlindung bawah selimut

- Muhamaad Razis Ismail dan Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Pengunjung pasar raya lari selamatkan diri  Pesakit HUSM terpaksa dipindahka­n

“Dalam sekelip mata ia berlaku dan saya bersama pengunjung pasar raya semua berlari menyelamat­kan diri ke tempat selamat,” kata pekerja kios minuman di sebuah pasar raya di Kubang Kerian Mohd Amirul Shauqie Zulkifli, 20.

Dia menceritak­an kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 7 malam kelmarin yang didakwa berlaku pusaran angin dan petir hingga merosakkan bumbung bahagian hadapan pasar raya, pondok parkir dan troli yang diletakkan di kawasan berkenaan.

Turut terjejas dua wad pediatrik dan wad tiga selatan (kanser lelaki) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mohd Amirul Shauqie berkata, dia bersama orang ramai yang berada di luar ketika kejadian bergegas masuk ke dalam bangunan untuk berlindung.

“Pada masa sama, saya juga segera mengemas barang jualan kerana takut melihat petir yang begitu kuat disertai ribut kencang.

“Beberapa minit kemudian, ribut mulai reda dan kami keluar melihat bumbung depan pasar raya rosak dan banyak lagi yang diterbangk­an angin,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Liyana, 31, berkata, ketika ribut berlaku, dia menunggu anaknya berusia setahun enam bulan yang dimasukkan ke wad pediatrik akibat jangkitan kuman di paru-paru.

“Saya dan anak berlindung di bawah selimut untuk mengelak terkena serpihan cermin tingkap yang pecah dan siling runtuh.

“Alhamdulil­lah tiada kecederaan, namun kejadian yang berlaku tiba-tiba mengejutka­n kami,” katanya yang memberitah­u cermin tingkap hospital yang berdekatan katil anaknya pecah dan siling berhampira­n juga runtuh.

Katanya, keadaan juga menjadi kelam-kabut apabila masing-masing cuba menyelamat­kan diri manakala petugas hospital membantu memindahka­n pesakit.

Sebelum kejadian, Liyana berkata, dia sedang mendengar penjelasan daripada doktor yang merawat anaknya.

Seorang lagi mangsa Aina Mardiah, 27, berkata, ketika kejadian dia berada di atas katil bersama dua anaknya berusia empat tahun dan 10 bulan di wad yang sama.

“Seorang anak saya turut terkena siling yang jatuh itu, namun tidak cedera. Saya kemudian mendukung dua anak dan terus berlari keluar dari wad,” katanya.

Pengarah HUSM Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, pihaknya memindahka­n pesakit dari wad terjejas ke tempat yang lebih selamat mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Tiada pesakit yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membersihk­an sebahagian rumah penduduk yang rosak teruk dipukul ribut. Gambar kecil, kakitangan HUSM memindahka­n peralatan di bangunan berhampira­n.
ANGGOTA bomba membersihk­an sebahagian rumah penduduk yang rosak teruk dipukul ribut. Gambar kecil, kakitangan HUSM memindahka­n peralatan di bangunan berhampira­n.
 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n bumbung rumahnya yang rosak teruk dipukul ribut.
PENDUDUK menunjukka­n bumbung rumahnya yang rosak teruk dipukul ribut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia