Harian Metro

Nafi rompak, cederakan warga China

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merompak sehingga mencederak­an seorang lelaki warga China, bulan lalu.

Mohd Zulhaidir Abd Rahim, 33, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak sehingga menyebabka­n kecederaan terhadap juruteknik Lin Hung Ju, 42, dan membabitka­n kerugian lebih RM17,150.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, di sini, pada jam 6.30 petang, 29 Jun lalu.

“Suspek menyamar sebagai pelanggan yang mahu membeli telefon pintar diiklankan saya di media sosial. Bagaimanap­un saya disamun ketika mengadakan pertemuan dengannya,” ujar penjual telefon dalam talian, Ameer Farhan, 25, yang menjadi mangsa samun empat lelaki berhampira­n sebuah restoran di Taman Kosas, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa cedera di kepala selepas dihentak dengan alat pengunci tayar motosikal ketika bergelut dengan penjenayah yang cuba melarikan telefon pintarnya itu.

Susulan kejadian, salah seorang daripada suspek berjaya ditangkap orang awam yang membantu mangsa manakala tiga lagi penjenayah berjaya melarikan diri.

Ameer berkata, kejadian berlaku selepas dia memuat naik iklan menjual telefon pintar model Samsung S6 dengan harga RM750 menerusi Facebook Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia