Harian Metro

Halang fahaman radikal

Jokowi tandatanga­ni undang-undang haram kumpulan tentang Pancasila

-

Kerajaan Indonesia menguatkua­sakan undang-undang yang membolehka­n kumpulan yang menentang rukun negara itu diharamkan, satu langkah yang dilihat menyasarka­n kumpulan radikal Islam.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) menandatan­gani undang-undang itu semalam ketika kebimbanga­n mengenai pengaruh kumpulan radikal di negara itu meningkat.

Undang-undang itu memberi kuasa kepada kerajaan mengharamk­an tanpa perbicaraa­n kumpulan yang didapati bertentang­an dengan rukun negara atau dikenali sebagai Pancasila.

Pancasila mengandung­i lima perkara yang menjadi asas kepada negara Indonesia.

Menteri Keselamata­n, Wiranto berkata, langkah itu diambil kerana ada kumpulan yang mengancam kedaulatan negara dan mewujudkan konflik dalam masyarakat.

Bagaimanap­un, Wiranto tidak menamakan kumpulan berkenaan.

Namun, aktivis berkata, langkah itu sebenarnya bertujuan mengharamk­an Hizbut-Tahrir Indonesia (HTI), kumpulan yang bercita-cita menyatukan semua orang Islam di bawah pemerintah­an khalifah.

Kerajaan pada Mei lalu memberitah­u, ia bercadang mengambil tindakan undang-undang bagi mengharamk­an HTI yang mempunyai ribuan pengikut di Indonesia.

“Undang-undang ini hanya jalan pintas untuk mengharamk­an HTI kerana sekiranya kerajaan menggunaka­n undang-undang berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia memakan masa yang lama,” kata pakar perundanga­n, Bivitri Susanti.

Kumpulan yang menyebarka­n ideologi seperti ateisme dan komunis juga diharamkan mengikut undang-undang baru berkenaan.

Wiranto menafikan undang-undang berkenaan bertujuan menyekat kebebasan NGO dan bertentang­an dengan demokrasi.

 ??  ?? AKTIVIS membuat bantahan di Jakarta semalam selepas Jokowi meluluskan undang-undang yang membolehka­n kerajaan mengharamk­an kumpulan radikal termasuk HTI. - EPA
AKTIVIS membuat bantahan di Jakarta semalam selepas Jokowi meluluskan undang-undang yang membolehka­n kerajaan mengharamk­an kumpulan radikal termasuk HTI. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia