Harian Metro

NOSTALGIA DULANG BIJIH TIMAH

-

Terletak di Jalan Batu

Sinar, Bandar Baru

Kampar, Perak, Muzium Perlombong­an Bijih Timah Kinta ini mempamerka­n pelbagai maklumat menarik berkenaan perlombong­an satu ketika dulu.

Dibuka pada 2012, muzium ini adalah inspirasi ahli perniagaan Tan Sri Hew See Tong yang juga bekas pelombong timah.

Di sini, anda boleh melihat bagaimana bijih timah dicari melalui cara mendulang atau tekanan air dan peralatan yang digunakan.

Replika kaedah manual mendulang lama bagi memisahkan timah dengan membasuh bijih dengan kuali turut dipamerkan.

Patung lelaki dan perempuan yang tengah melombong memperliha­tkan kaedah kerja yang sukar yang perlu ditanggung pelombong satu ketika dulu.

Pameran di bahagian dalam yang berhawa dingin pula mempamerka­n model perlombong­an dan paparan peralatan yang digunakan untuk perlombong­an bijih timah.

Gambar dan fakta sejarah berkenaan timah yang dipamerkan juga menjadi penceritaa­n yang menarik.

Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 1 petang, sementara Sabtu, Ahad dan cuti umum, muzium ini dibuka bermula 9 pagi hingga 4 petang serta masuk adalah percuma.

Justeru, bagi anda yang tengah mencari lokasi menarik untuk dikunjungi hubung minggu ini,

Muzium Perlombong­an Bijih Timah Kinta ini pastinya pilihan tepat.

 ??  ?? MUZIUM Perlombong­an Bijih Timah Kinta tawar pameran menarik mengenai perlombong­an timah.
MUZIUM Perlombong­an Bijih Timah Kinta tawar pameran menarik mengenai perlombong­an timah.
 ??  ?? REPLIKA pelombong mendulang yang diperlihat­kan di Muzium Perlombong­an Bijih Timah Kinta.
REPLIKA pelombong mendulang yang diperlihat­kan di Muzium Perlombong­an Bijih Timah Kinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia