Harian Metro

Lalui tapisan ketat

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

 Program MM2H lulus 33,300 permohonan sejak dilancarka­n

Program Malaysia My Second Home (MM2H) menerima lebih sejuta permohonan daripada warga asing di seluruh dunia sejak dilancarka­n pada 2002, namun hanya 33,300 permohonan dari 126 negara diluluskan.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, semua pemohon perlu menjalani proses tapisan ketat termasuk melalui Cawangan Khas Bukit Aman bagi memastikan mereka layak tinggal di negara ini.

“Kita menerima lebih sejuta permohonan, tetapi hanya meluluskan 33,300 permohonan kerana kita menekankan kualiti dan tidak mahu mengabaika­n aspek keselamata­n dengan menetapkan mereka perlu melalui proses tapisan ketat termasuk Cawangan Khas.

“Kita tidak mahu sesiapa saja boleh menjadi peserta, sebaliknya memastikan individu itu berkualiti dan la- yak. Jika semua permohonan diterima, ia mungkin memberi masalah kepada negara,” katanya selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan di bawah program MM2H dan Bank of China (Malaysia) Berhad.

Sehingga Februari lalu, MM2H menyumbang RM12.8 bilion kepada ekonomi negara merangkumi hasil fi visa RM52 juta, deposit tetap (RM4.9 bilion), pembelian kenderaan (RM148 juta) serta pembelian hartanah (RM4.9 bilion). Putrajaya: Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda ke 9 September (Sabtu) depan.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, kerajaan bersetuju meminda tarikh itu daripada tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 29 Julai.

“Adalah dimaklumka­n Kerajaan bersetuju Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017,” kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia