Harian Metro

Penyu tekad gugat Kuala Lumpur

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Tiada istilah seri atau tewas buat Terengganu sebaliknya tiga mata menjadi sasaran dalam misi mengintai kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana.

Pemain tengah Abdul Syukur Jusoh berkata, mereka berpeluang menggugat kedudukan Kuala Lumpur selaku pendahulu jika menewaskan Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

“Saya tidak mahu memikirkan kedudukan tiga pasukan teratas Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan PKNP FC, tapi apa yang kami mahukan adalah kemenangan untuk memperbaik­i kedudukan carta.

“Jika menang ke atas Perlis, peluang untuk memimpin liga cerah kerana perbezaan mata dengan tiga pasukan teratas tidak banyak,” katanya.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan berkongsi mata manakala PKNP hanya memiliki kelebihan satu mata berbanding Terengganu.

Sementara itu, jurulatih Irfan Bakti Abu Salim menyatakan beliau tetap berwaspada dengan Singa Utara biarpun lawan menghuni tangga kedua tercorot.

“Kita tidak boleh pandang mudah Perlis, lebih-lebih lagi mereka menewaskan Kuantan FA sebelum ini.

“Justeru, kami tuntut pemain berusaha keras untuk mengutip mata,” kata Irfan yang belum dapat menggunaka­n tiga tonggak - kapten Abdul Latiff Suhaimi, Ismail Faruqi Ashari dan Mohd Sharin Sapein - kerana dilanda kecederaan.

 Nasriq gesa rakan jadikan MISC-MIFA mangsa kebangkita­n pasukan

Negeri Sembilan mahu memadam kekecewaan akibat tewas di tangan Kuala Lumpur dan mahu menjadikan MISC-MIFA sebagai mangsa kebangkita­n di Stadium Proton City, Tanjung Malim, petang ini.

Justeru, pemain skuad Hoben Jang Hoben perlu lebih berwaspada untuk memastikan mereka tidak tersilap langkah dalam misi menambah tiga mata.

Kapten Mohd Nasriq Baharom menuntut rakan sepasukan supaya memberi persembaha­n terbaik sepanjang permainan bagi memastikan kemenangan.

“Kami perlu lebih fokus dan tidak boleh bersikap ambil mudah pertembung­an dengan MISC-MIFA petang esok (ini) walaupun lawan berada di kedudukan kedua tercorot kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

“Kami perlu memberikan persembaha­n terbaik dan menjaringk­an gol untuk menang sekali gus merampas kembali kedudukan teratas,” katanya.

Menurut Nasriq, kekalahan pertama kepada Kuala Lumpur, Isnin lalu jelas

(gambar)

memberi pengajaran kepada semua pemain dan mereka tidak rela situasi berkenaan berlarutan kerana akan menjejaska­n misi layak ke Liga Super musim depan.

“Saya yakin Bruno Suzuki dan pemain barisan depan boleh memainkan peranan penting dalam misi merobek gawang lawan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Terengganu tidak boleh pandang rendah kemampuan Perlis.
PEMAIN Terengganu tidak boleh pandang rendah kemampuan Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia