Harian Metro

AKTRES PUCUK MUDA

> Dek kerana terlampau teruja mahu menambah kenalan di media sosial, ada kanak-kanak perempuan sementah usia sembilan tahun kini bergelar ‘pelakon lucah’ di Internet. Kajian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini mendapati mereka terjebak da

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

‘P

elakon lucah’ di Internet seawal usia sembilan tahun. Dapatan

itu didedahkan Onemyr Awareness Management (1MYR Awareness) yang menjalanka­n kajian ke atas murid dan pelajar sekolah serta penuntut institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kajian berkenaan mendapati sikap teruja untuk menambah kenalan di media sosial tanpa menyiasat latar belakang orang yang dikenali serta sanggup berkongsi gambar serta video lucah menyebabka­n kanak-kanak perempuan sementah usia itu terjebak dalam ‘jerangkap maya’ tanpa sempadan hingga menjadi bualan seluruh dunia.

Situasi itu berlaku berikutan kegagalan ibu bapa atau penjaga mengawasi tingkah laku anak ketika melayari Internet sama ada menerusi komputer atau telefon pintar.

Perunding Teknologi Maklumat, Mohd Ridzman Azzahari, berkata setiap hari, hampir 10 gambar dan video lucah baru terpapar di Internet termasuk di aplikasi dan laman web lucah.

Katanya, kebanyakan mangsa yang masih di usia muda tidak menyedari yang gambar dan video lucah mereka tersebar di Internet dan turut dimuat naik di laman web lucah antarabang­sa.

“Mereka terlalu ghairah berkawan di alam maya, malah sanggup bermain cinta dan berkongsi gambar atau video yang tak senonoh.

“Mungkin ada antara kenalan mereka ini yang sememangny­a penggodam, yang ‘memburu’ gambar serta video sebegini sama ada untuk menjualnya pada

laman web lucah atau mengugut mangsa.

“Ini yang dikatakan ‘sex grooming’. Mangsa dipujuk dan diperdaya untuk bergambar atau membuat video yang tak senonoh,” katanya kepada Harian Metro.

1MYR Awareness adalah syarikat Bumiputera yang berperanan membudayak­an ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, usia mahupun agama.

Menurut Mohd Ridzman, paling menakutkan ialah sex grooming di alam siber ini bukan hanya membabitka­n gadis di bawah umur, malah wanita yang lanjut usia.

“Dalam alam siber atau jenayah siber, takrifan penganiaya­an atau keganasan seksual ‘kanak-kanak’ ini tidak boleh hanya dilihat pada usia mangsa iaitu kanak-kanak adalah mereka yang berusia 12 tahun ke bawah.

“Sebaliknya wanita dan lelaki secara umum termasuk yang lanjut usia pun harus dianggap sebagai ‘kanak-kanak’ yang naif mengenai kecanggiha­n teknologi dan ancaman siber kerana semua perkara ini baru dan asing kepada mereka,” katanya.

Justeru, katanya, pihaknya giat menjalanka­n jelajah kempen #kesiandia Program Jenayah Siber dijalankan 1MYR Awa

reness bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai ancaman jenayah siber.

Kajian pihaknya turut mendapati, ada kes penyebaran gambar lucah dalam kalangan warga emas berumur 70 tahun.

Mohd Ridzman yang juga Pengarah Urusan 1MYR Awareness berpendapa­t pendidikan dan kesedaran mengenai ancaman jenayah siber perlu dijalankan secara lebih meluas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia