Harian Metro

DUA EMAS DI LONDON

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Atlet para Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiah­kan berita gembira dari London apabila menyumbang­kan emas pertama buat negara pada Kejohanan Olahraga Para Dunia semalam.

Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.29 meter untuk menewaskan atlet dari Ecuador, Stalin Mosquera yang meraih perak dengan jarak 16.72m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Todd Hodgetts dari Australia gangsa 15.96m.

Lebih membanggak­an Ziyad berjaya memperbaha­rui rekod dunia miliknya yang dilakukan di Rio tahun lalu dengan jarak balingan 16.84m.

Beraksi dalam kategori F20 (masalah pembelajar­an) Ziyad bagaimanap­un mengakui tertekan ketika melihat jarak balingan lawan dari Australia sebelum berjaya ditenangka­n oleh jurulatihn­ya Mohd Faizol Harun.

Nyata kehadiran kedua ibu dan ayahnya yang memberikan sokongan di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park menyuntik semangat luar biasa dan hanya pada lontaran pertama anak jati Gombak, Selangor itu berjaya memecahkan rekod dunia itu.

Pada lontaran kedua Ziyad melakukan balingan 16.52m diikuti 16.07m ketiga sebelum lontaran keempat dibatalkan, 16.82m pada lontaran kelima dan 16.64m keenam.

“Saya bersyukur kepada yang Maha Esa kerana memberikan sekali lagi kejayaan kali ini. Terima kasih kepada yang selalu menyokong saya.

“Untuk mendapatka­n jarak yang jauh bukan sesuatu yang mudah. Saya perlu menjalani hari-hari yang berliku.

“Ada kalanya terasa mahu mengalah, tapi demi negara, keluarga dan rakan, saya bangkit meneruskan perjuangan untukmu negaraku Malaysia,” katanya.

Kejayaan itu meletakkan

 Sumbang emas pertama negara, perbaharui rekod dunia

Ziyad kini berada di posisi terbaiknya menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.

Terdahulu Ziyad melakar sejarah tersendiri selepas dia mencipta sejarah menjadi atlet para pertama menang mengatasi atlet normal di Terbuka Thailand dengan jarak lontaran 17.06m.

Bagaimanap­un dia yang berusia 27 tahun tidak berani menabur janji untuk menghadiah­kan emas di temasya dwitahunan itu nanti.

 ??  ??
 ??  ?? ZIYAD (tengah) bangga selepas berjaya menewaskan dua pencabarny­a.
ZIYAD (tengah) bangga selepas berjaya menewaskan dua pencabarny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia