Harian Metro

SUAMI ISTERI CURI DUIT MASJID

 Pasangan suami isteri pecah tabung masjid ditangkap penduduk kampung

- Nur Saliawati Salberi dan Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

Tindakan pasangan dipercayai suami isteri memecah tabung milik Masjid Nurjannah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah, di sini, bagi mendapatka­n wang secara mudah berakhir apabila dicekup penduduk, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, mereka gagal meloloskan diri apabila perbuatan itu disedari penduduk kampung selepas melihat kelibat lelaki mencurigak­an di dalam masjid berkenaan.

Sumber berkata, penduduk melihat kehadiran lelaki dalam keadaan mencurigak­an dalam masjid sebelum memaklumka­n kejadian kepada rakannya.

“Lelaki (suspek) itu dilihat mengubah kedudukan kamera litar tertutup (CCTV) masjid serta memegang alat pemotong besi. Terkejut melihat kehadiran penduduk kampung, lelaki itu cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.

“Akibat panik ditangkap, lelaki terbabit menjerit meminta wanita dipercayai isterinya melarikan diri, namun wanita terbabit juga gagal berbuat demikian,” katanya.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Don, 49, berkata, pasangan terbabit dipercayai pernah memecah tabung masjid itu sebelum ini dan penduduk mengenali motosikal digunakan selain mengecam mereka berdasarka­n rakaman CCTV.

Menurutnya, dalam kejadian terbaru, dia secara kebetulan berada di kedai di hadapan masjid itu.

“Selepas mendengar kekecohan dalam masjid, saya segera mendekati dan melihat rakan bergelut dengan lelaki berpakaian baju-T hitam.

“Lelaki itu cuba meloloskan diri sebelum merempuh pintu kaca masjid hingga cermin pecah berderai sebelum cuba merampas motosikal orang awam yang lalu di hadapan masjid.

“Namun, tindakan pantas penduduk dapat menahan lelaki itu serta pasanganny­a yang cuba melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 27 serta 31 tahun ditahan berkaitan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati besi tabung masjid dipotong dan wang di dalamnya juga tiada.

“Suspek menggunaka­n pemotong besi untuk memotong mangga kunci tabung selain turut melarikan wang tunai RM98,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? PASANGAN suami isteri dicekup selepas didakwa mencuri sejumlah wang daripada tabung di Masjid Nurjannah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah.
PASANGAN suami isteri dicekup selepas didakwa mencuri sejumlah wang daripada tabung di Masjid Nurjannah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia