Harian Metro

PERNIKAHAN DIRAJA 14 OGOS

Pernikahan Tunku Tun Aminah 14 Ogos dengan pemuda Belanda

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Pengumuman pernikahan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim, 31, yang juga puteri tunggal Sultan Johor dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini disambut baik rakyat jelata Johor.

Pelbagai komen positif diberikan netizen selepas berita gembira itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, semalam.

Malah, penyiaran berita gembira itu menerusi laman Facebook (FB) Harian Metro jam 11.35 pagi semalam mendapati reaksi pelbagai daripada netizen yang mengucapka­n tahniah kepada Presiden Johor Darul Ta’zim (Johor

DT) itu.

Selain itu ada yang mendoakan supaya pernikahan Tunku Tun Aminah dengan pasanganny­a yang berasal dari Belanda itu berkekalan dan bahagia serta memuji kecantikan serta sikap mudah senyum Puteri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar itu.

Tunku Tun Aminah, 31, bakal melangsung­kan pernikahan­nya dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Abdul Rahim berkata, istiadat persanding­an pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam hari sama.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsung­kan perkahwina­nnya.

Perkahwina­n Tunku Tun Aminah akan dilangsung­kan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwina­n Diraja itu.

Majlis tahlil dan doa kesyukuran diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwina­n itu.

Sultan Johor berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali dan majlis perkahwina­n dilangsung­kan secara tertutup.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia