Harian Metro

Pulang berniaga rumah jadi abu

-

Bukit Beruntung: Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kedai didiami mereka di Kampung Sungai Buaya, di sini, musnah dalam kebakaran, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.57 petang, semua mangsa tiada di rumah kerana berniaga di pasar malam Bukit Sentosa dan hanya mengetahui­nya daripada jiran yang menghubung­i mereka.

Selain semua barangan dalam rumah itu menjadi abu termasuk barangan kemas, kereta Proton Wira dan tiga motosikal turut musnah.

Mangsa, Laila Ashaari, 44, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga berniaga di pasar malam berdekatan.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada jiran yang memaklumka­n rumah kedai kami terbakar,” katanya.

Menurutnya, kebakaran turut memusnahka­n barangan peribadi, dokumen penting dan barangan perniagaan yang keseluruha­nnya dianggarka­n RM250,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 6.03 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

Semua mangsa kini ditempatka­n sementara di Pejabat UMNO Cawangan Sungai Buaya dan menerima bantuan kit bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semalam, keluarga mangsa turut menerima sumbangan wang tunai daripada Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P Kamalanath­an yang hadir menziarah pusat pemindahan itu.

 ??  ?? KEADAAN rumah kedai yang terbakar dan musnah sepenuhnya di Kampung Sungai Buaya.
KEADAAN rumah kedai yang terbakar dan musnah sepenuhnya di Kampung Sungai Buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia