Harian Metro

Dennis peluk Islam Mei 2015

-

Johor Bahru: Bakal menantu Sultan Ibrahim Iskandar, Dennis Muhammad Abdullah, 28, bukan saja pernah terbabit dalam kerjaya perhotelan dan pemasaran bahkan pernah dilantik sebagai Pengurus JDT Concept ketika berkhidmat dengan Persatuan Bolasepak Johor.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, anak kedua daripada tiga beradik pasangan Martin dan Henriette Varbaas yang berasal dari Lisse, Belanda itu memiliki pendidikan vokasional dalam bidang kejurutera­an mekanikal di ROC Leiden, The Netherland­s.

“Sebagai seorang belia, Dennis gemar bermain bola sepak, malah mula bermain bola sepak sejak berusia enam tahun.

“Beliau bermain sebagai pemain semi profesiona­l di kelab bola sepak Lisse dan VV Katwijk,” katanya.

Beliau berkata, sukan bola sepak kegemaran

Dennis dan hobinya juga berbasikal, mengembara dan bermotosik­al.

Katanya, ketabahan dan kecenderun­gan menimba ilmu pengetahua­n mendorong Dennis terbabit dalam kerjaya perhotelan dan pemasaran.

“Semangat mengembara membawanya ke Johor dan bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Johor sebagai Pengurus JDT

Concept Store dan Cafe.

“Selepas itu beliau berkhidmat dengan Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura sebagai pengurus pemasaran,” katanya.

Katanya, Dennis juga mempunyai hobi membaca dan gemar membaca semua jenis buku teks, sejarah, pemikiran, buku bergenre fiksyen dan bukan fiksyen hasil karya penulis Belanda dan antarabang­sa.

Katanya, bakal pasangan Tunku Tun Aminah memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia