Harian Metro

Lelaki tipu sejak lima tahun ditangkap

-

Kuala Lumpur: Seorang kaki kelentong yang aktif menipu orang ramai melalui urusan jual beli telefon pintar yang tidak wujud sejak lima tahun lalu akhirnya diberkas polis.

Lelaki berusia 30-an itu, didakwa menipu ramai mangsa membabitka­n kerugian ratusan ribu ringgit sejak 2011 sebelum ditahan di Puchong, Selangor, semalam.

Suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s susulan laporan seorang mangsa yang mendakwa terpedaya dengan helah suspek.

Sumber berkata, mangsa berusia 29 tahun mengenali suspek ketika berjumpa dengannya bagi urusan jual beli telefon pintar yang diiklankan melalui Facebook, Jumaat lalu.

“Mangsa diyakinkan suspek sehingga menyerahka­n RM550 kepada lelaki itu sebagai kos pendahulua­n membaik pulih telefon pintar berkenaan.

“Selepas bersetuju, mangsa turut menyerahka­n telefon pintar itu kepada suspek. Bagaimanap­un suspek meminta tempoh untuk pembayaran kerana mendakwa isterinya berada di hospital kerana sakit.

“Malah, suspek turut menyerahka­n kad pengenalan­nya kepada mangsa sebagai jaminan pembayaran yang kononnya dilakukan kelak. Bagaimanap­un, selepas tempoh seminggu, suspek belum menjelaska­n bayaran dijanjikan,” katanya.

Tindakan lelaki itu menyebabka­n mangsa membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.

Sumber berkata, mangsa mengesan lokasi suspek berada di sebuah kedai di Puchong, Selangor sebelum menghubung­i polis.

“Suspek tidak sempat melarikan diri dan diberkas sebelum dibawa ke IPD Brickfield­s,” katanya.

Katanya, mangsa memuat naik status berhubung penipuan lelaki berkenaan di laman sosial sebelum mendapati ramai mangsa mendakwa turut ditipu suspek sama sejak 2011.

“Berdasarka­n maklumat, mangsa pertama ditipu lelaki itu sebanyak RM4,000 kononnya untuk membuka perniagaan bersama namun lelaki itu terus menghilang­kan diri.

“Mangsa kedua mendakwa ditipu suspek sama kerana kononnya mahu menjalanka­n perniagaan bersama menyebabka­n dia kerugian lebih puluhan ribu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung penipuan urusan jual beli telefon pintar.

“Mangsa mendahuluk­an wangnya untuk membaiki telefon, namun suspek melarikan wang tunai itu bersama telefon pintar berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia