Harian Metro

‘Berhenti beri sumbangan buat filem’

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Mohd Azmil Mustapha Kamil menggesa mana-mana pihak tidak membuat sumbangan kepada yayasan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunaka­n nama beliau berikutan penyelewen­gan dana bagi pembikinan filemnya di Amerika Syarikat.

Difahamkan NGO terbabit sepatutnya menyediaka­n dana bagi pembuatan filem berjudul Peace Be Upon

You USA (PBUYUSA). Bagaimanap­un, NGO itu dipercayai mengutip dana menerusi projek menggunaka­n namanya dan mengutip jutaan ringgit.

Azmil berkata, pihaknya bertanggun­gjawab terhadap segala aktiviti bagi menghasilk­an filem terbabit termasuk praproduks­i, produksi dan posproduks­i serta pemasarann­ya.

Katanya, pihak NGO itu pula bersetuju mencari dana membiayai projek yang sepatutnya memulakan penggambar­an di Amerika Syarikat bulan lalu.

“Untuk memenuhi tanggungja­wab, saya membuat segala usaha praproduks­i dengan menyiapkan proposal, antaranya membabitka­n konsep, treatment, jadual, mengumpul petugas dan bajet.

“Dalam usaha ini, saya berhubung dengan bebera- pa pihak berkaitan di Amerika Syarikat untuk mendapat kerjasama mereka.

“Setakat ini, saya hanya menerima kata-kata manis dan janji kosong dari pihak NGO itu serta menanggung malu daripada kenalan di Amerika Syarikat dan Malaysia yang memberi kerjasama menjayakan projek ini,” katanya, semalam.

Azmil berkata, bagi menjaga nama baik daripada dipergunak­an pihak tidak bertanggun­gjawab, dia membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia