Harian Metro

Kehormatan ternoda dek kenalan seminggu

-

Kulim: Tindakan seorang remaja perempuan keluar bersama kenalan baru yang seminggu dikenali menerusi laman sembang WeChat mengundang padah apabila diperkosa lelaki itu dan tiga rakannya, Jumaat lalu.

Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah dari Lunas mendakwa dirogol empat lelaki berusia antara 16 tahun sehingga 22 tahun, termasuk rakan lelakinya di sebuah rumah kosong di Keladi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, siasatan mendapati, remaja terbabit keluar dari rumahnya pada Jumaat lalu jam 2 pagi untuk berjumpa dengan kenalan lelakinya berusia 18 tahun itu.

Katanya, apabila dia tidak pulang ke rumah menyebabka­n keluargany­a membuat laporan kehilangan­nya di Balai Polis Lunas jam 8.30 pagi keesokanny­a.

“Kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin) ahli keluarga mangsa menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n mangsa ditemui berjalan kaki sendirian di Jalan Kampung Keladi.

“Ahli keluarga mangsa pergi mengambiln­ya dan membawa remaja perempuan itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa akhirnya menceritak­an dia dirogol oleh kenalan lelakinya serta tiga lagi suspek,” katanya ketika berada di sebuah rumah kosong di kampung terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Nasir berkata, berdasarka­n laporan itu, polis melakukan siasatan dan menahan keempat-empat suspek di kawasan Keladi.

Katanya, soal siasat mendapati mangsa baru mengenali suspek melalui WeChat seminggu lalu sebelum bersetuju berjumpa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia