Harian Metro

Ibu belum tahu bapa meninggal dunia

-

Melaka: Keadaan mangsa samun bersenjata di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Jumaat lalu, Sabturiah Lakidau, 59, semakin stabil apabila mula memberi reaksi positif.

Anaknya, Mohd Hishamuddi­n Abdul Rahman, 29, berkata, kesihatan ibunya beransur pulih, namun memerlukan banyak rehat.

“Bagaimanap­un, mak mula bertanya banyak soalan meskipun susah untuk bercakap kerana lidahnya seakan-akan tersekat. Mungkin akibat kecederaan terkena tumbukan kerana wajahnya masih bengkak,” katanya ketika dihubungi selepas menziarahi ibunya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, di sini, petang semalam.

Begitupun, katanya, agak mengharuka­n apabila ibunya kerap bertanya keadaan bapanya, sedangkan dia masih merahsiaka­n situasi sebenar kerana bimbang jika ibunya beremosi akan menyukarka­n proses pemulihan.

“Abah mana, abah mana? Dia okey tak, dia tanya pada saya. Tapi saya terpaksa mengelak soalan dia (mak) dan hanya menjawab abah okey dan saya cakap yang saya akan beritahu keadaannya sekejap lagi,” katanya

Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu, Sabturiah cedera parah pada muka, leher dan tangan manakala suaminya, Abdul Rahman Pileh, 60, ditemui maut dalam keadaan tertiarap dengan kesan kelar pada leher di ruang tamu rumah mereka.

Dalam kejadian itu, seorang polis tentera (MP) berusia 35 tahun ditahan dua jam selepas kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302/394 Kanun Keseksaan.

Pemeriksaa­n awal polis ke atas suspek mendapati lelaki terbabit positif dadah methamphet­amin dan turut merampas gelang tangan dipercayai milik mangsa.

 ??  ?? IDRIS (tengah) menziarahi mangsa kes samun dan bunuh di Hospital Melaka.
IDRIS (tengah) menziarahi mangsa kes samun dan bunuh di Hospital Melaka.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia