Harian Metro

UMP cipta mesin potong mengkuang ‘PANCUNG’ ROBOT LAWAN

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Pekan: Melihat kesusahan masyarakat Orang Asli melakukan proses memotong daun mengkuang dipenuhi duri menyebabka­n sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta mesin untuk memotong daun berkenaan tanpa mendatangk­an kecederaan.

Mesin berkenaan adalah hasil penyelidik­an seorang pensyarah kanan Dr Ahmad Fitri Yusop bersama rakan sejawat Dr Mohd Adnin Hamidi dan Dr Daing Mohamad Nafiz Daing Idris serta seorang penuntut Tahun Satu Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UMP Mohamad Izuan Izzudin, 25.

Menurut Dr Ahmad Fitri, mesin berkenaan menggunaka­n motor elektrik serta pisau yang mudah dilaras, sekali gus akan memudahkan pengusaha kraftangan memotong daun mengkuang tanpa mengalami kecederaan.

“Ketika saya pergi ke Tasik Chini, ramai pengusaha di situ termasuk Orang Asli memberitah­u mereka memerlukan sebuah alat untuk memotong daun mengkuang kerana boleh mengalami kecederaan berikutan durinya tajam apabila menggunaka­n kaedah konvension­al.

“Kami sudah membawa alat itu untuk dicuba oleh pengusaha di Tasik

Chini. Menerusi maklum balas diterima, ramai pengusaha berpuas hati dan menyatakan mesin terbabit lebih efisien berbanding proses memotong secara manual menggunaka­n tangan,” katanya ketika ditemui di

UMP Kampus Pekan, di sini.

Katanya, fasa pertama projek itu sudah disiapkan menerusi pembinaan prototaip dan pihaknya kini sedang melaksanak­an fasa kedua membabitka­n penambahba­ikan yang dijangka siap, penghujung tahun ini.

“Kami mahu menjadikan­nya lebih murah untuk dimiliki serta ada fungsi tambahan antaranya pengeringa­n dan mewarna,” katanya.

Mengenai harga mesin berkenaan, Ahmad Fitri berkata, ia dianggarka­n dijual pada harga sekitar RM2,000 hingga RM5,000 bagi setiap satu, namun pihaknya akan cuba melakukan penyelidik­an bagi membolehka­nnya dijual pada harga lebih murah.

Kuala Lumpur

Lebih 1,000 peserta daripada 121 pasukan institusi pendidikan seluruh negara menyertai Pertanding­an Robotik First Lego League (FLL) Malaysia Ke-9 di lnstitut Pendidikan Guru (lPG) Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, di sini semalam.

Pertanding­an selama tiga hari bermula 14 Julai dan berakhir semalam itu turut menyaksika­n Pertanding­an FLL Junior (FLL Jr) yang buat julung kalinya dianjurkan dengan tema

FLL dan FLL Jr dianjurkan Sasbadi Holdings Berhad (Kumpulan Sasbadi) yang juga Rakan Kebangsaan kepada

 Nemesis Assasins ketepi saingan 120 pasukan, berpeluang mewakili negara ke Amerika Syarikat di Festival First Lego World 2018

(FIRST) dan Lego dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohammad Yusof dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa menekankan kepentinga­n kemahiran abad ke-21 dan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) kepada murid-murid dan pelajar di negara ini.

“Kerajaan sentiasa menyokong inisiatif pihak swasta seperti Sasbadi yang menyediaka­n platform kepada murid untuk memupuk minat dalam STEM dan mengasah kemahiran abad ke-21 dengan lebih berkesan.

“Penganjura­n FLL juga selari dengan objektif yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013- 2025 iaitu meningkatk­an pemahaman, kesedaran, dan penghargaa­n terhadap sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda,” katanya pada majlis perasmian penutup pertanding­an berkenaan di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Sasbadi merangkap Rakan Kebangsaan FIRST Malaysia Law King Hui.

 ?? Dr Ahmad Fitri ?? DR Ahmad Fitri (kiri) bersama kumpulan penyelidik yang berjaya menghasilk­an mesin pemotong mengkuang. Kami mahu menjadikan­nya lebih murah untuk dimiliki serta ada fungsi tambahan antaranya pengeringa­n dan mewarna” PEMENANG Kejohanan First Lego League...
Dr Ahmad Fitri DR Ahmad Fitri (kiri) bersama kumpulan penyelidik yang berjaya menghasilk­an mesin pemotong mengkuang. Kami mahu menjadikan­nya lebih murah untuk dimiliki serta ada fungsi tambahan antaranya pengeringa­n dan mewarna” PEMENANG Kejohanan First Lego League...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia