Harian Metro

Karya Dr Ahmad Murad bukan sekadar penulisan berita

-

Buku

memberi peluang kepada orang ramai melihat aspek lain dalam bidang kewartawan­an selain penulisan berita.

Karya Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican itu menunjukka­n bidang kewartawan­an bukan hanya penulisan berita semata-mata malah turut merangkumi ruang lingkup yang lebih besar.

Ahmad Murad berkata, ia membabitka­n aspek perbincang­an, penceritaa­n, naratif budaya serta idea dan bukan tertumpu kepada penulisan yang hanya sebahagian kecil daripada bidang itu.

“Aspek kewartawan­an lain juga merangkumi penulisan pendapat, komentar, penulisan rencana, esei, kritikan dan ulasan. Ia bukan hanya akhbar malah juga majalah.

“Kewartawan­an juga boleh dibahagika­n kepada dua iaitu berita dan pendapat. Apabila bercakap mengenai kewartawan­an pendapat, ia adalah perbahasan komentar dan sisi lain cerita itu selain fiksyen berfakta,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku itu, di sini, kelmarin.

Menurut beliau, buku berkenaan perlu dibaca pelbagai lapisan masyarakat termasuk pensyarah dan pelajar kewartawan­an.

Pada majlis sama, seramai 35 bekas pelajar Fakulti Kajian Sebaran Am Institut Teknologi MARA (ITM) (kini UiTM) sesi 1978-1981 mengadakan perjumpaan semula bagi mengingati kembali kenangan manis ketika belajar hampir 40 tahun lalu.

Alumni yang juga Rektor UiTM Melaka Prof Madya Dr Adnan Hashim berkata, beliau mengambil peluang untuk mengadakan pertemuan bersama rakan sekuliah pada majlis pelancaran buku tulisan Dr Ahmad Murad itu kerana masing-masing sudah lama tidak bersua muka.

 ??  ?? DR Ahmad Murad (duduk tiga dari kanan) bersama Professor Fakulti Masscomm UiTM, Professor Dr Mohd Adnan Hashim (duduk dua dari kanan) serta barisan alumni selepas pelancaran buku berkenaan.
DR Ahmad Murad (duduk tiga dari kanan) bersama Professor Fakulti Masscomm UiTM, Professor Dr Mohd Adnan Hashim (duduk dua dari kanan) serta barisan alumni selepas pelancaran buku berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia