Harian Metro

PM lancar Asal Usul Melayu Induknya Di Benua Sunda

-

Sebuah buku bertajuk Asal Usul Melayu Induknya Di Benua Sunda dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Buku itu adalah siri tujuh jilid Sejarah Tamadun Alam Melayu yang membentang­kan beberapa idea dapatan terbaru mengenai perkembang­an tamadun di Alam Melayu dan penghuniny­a yang asal.

Ia adalah hasil tulisan tiga penyelidik membabitka­n Zaharah Sulaiman, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman iaitu pakar arkeologi dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Turut serta pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Zaharah selaku penyelidik dan penulis utama buku itu menghabisk­an masa selama tujuh tahun untuk mengumpul bahan, meneliti dan membuat rujukan bandingan lebih 1,000 sumber penyelidik­an daripada tokoh penyelidik dan pakar genetik genom manusia yang diselengga­rakan oleh ratusan universiti seluruh dunia.

Menurutnya, melalui kajian itu, ia dapat menghapusk­an kecelaruan, keraguan dan kesangsian diwacanaka­n oleh bangsa asing mengenai kewujudan bangsa Melayu serta mengukuhka­n fakta yang Peribumi Melayu Teras sudah pun wujud puluhan ribu tahun lamanya di alam Melayu ini.

 ??  ?? NAJIB melancarka­n buku Asal Usul Malayu Induknya Di Benua Sunda. Turut sama, Dr Ahmad Zahid, Dr Mohammad Shatar (dua dari kiri) dan Zaharah.
NAJIB melancarka­n buku Asal Usul Malayu Induknya Di Benua Sunda. Turut sama, Dr Ahmad Zahid, Dr Mohammad Shatar (dua dari kiri) dan Zaharah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia