Harian Metro

BANGKIT SEMULA!

-

 Madrasah terbakar lima bulan lalu masih perlu RM1.8 juta untuk bina pondok baru

mencukupi untuk membangunk­an semula pondok baru buat 120 pelajar.

“Saya memerlukan RM1.87 juta bagi menyiapkan bangunan asrama dua tingkat yang pembinaann­ya bakal dimulakan tidak lama lagi. Kami terpaksa membangunk­annya secara berperingk­at-peringkat memandangk­an wang yang terkumpul ketika ini tidak mencukupi.

“Selain asrama, kita merancang mewujudkan kemudahan lain termasuk dewan, surau lebih besar dan perpustaka­an serta lain-lain yang dianggarka­n boleh mencecah RM2.3 juta,” katanya ketika ditemui, di sini.

Saiful Baharin berkata, pihaknya bersyukur kerana ramai dermawan yang membantu selepas tragedi itu selain sumbangan kerajaan Pusat dan negeri.

Katanya, kos pembinaan semula amat tinggi kerana membabitka­n pembelian tanah dan urusan lain termasuk baik pulih pondok sedia ada yang tidak terjejas.

“Sejak tragedi itu, kami ada membina pondok sebagai asrama sementara menantikan asrama baru disiapkan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian pelajar turut menginap di asrama madrasah lain, selain bangunan milik Majlis Daerah Tumpat.

Katanya, pihaknya berharap proses pembanguna­n semula itu tidak mengganggu pelajaran pelajar sekali gus mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5530920001­37 atas nama Madrasah al-Badriah Pondok Jal Besar, Tumpat.

 ?? Saiful Baharin ?? Sejak tragedi itu, kami ada membina pondok sementara sebagai asrama sementara menantikan asrama baru disiapkan” PENGHUNI menduduki asrama sementara Madrasah al-Badriah Pondok Jal Besar. KEADAAN pondok asrama sementara Madrasah al-Badriah Pondok Jal...
Saiful Baharin Sejak tragedi itu, kami ada membina pondok sementara sebagai asrama sementara menantikan asrama baru disiapkan” PENGHUNI menduduki asrama sementara Madrasah al-Badriah Pondok Jal Besar. KEADAAN pondok asrama sementara Madrasah al-Badriah Pondok Jal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia