Harian Metro

Tiga penyamun ditahan 37 kali

-

Kota Bharu: Pernah ditangkap antara 28 hingga 37 kali, selain menganggap jenayah dilakukan terutama samun dan pemerasan sebagai mata pencarian mereka sejak tiga tahun lalu.

Itu rekod tiga lelaki daripada kumpulan Harry Gunung yang ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, awal pagi semalam.

Mereka ditahan di sebuah kedai makan di Jalan Pasir Puteh, Melor, di sini, jam 12.10 tengah malam selepas premis berkenaan dikepung.

Sebelum itu, ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 30 tahun dikatakan sedang makan dan tidak sempat menghabisk­an makanan masing-masing apabila ‘disapa’ polis yang menunggu masa untuk mencekup mereka.

Dua daripada mereka ditangkap manakala seorang lagi sempat masuk kereta Perodua Axia dan cuba melarikan diri termasuk melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Keadaan itu menyebabka­n beberapa pelanggan di kedai terbabit termasuk pekerja, lari menyelamat­kan diri.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, susulan itu pihaknya melepaskan lima tembakan amaran ke arah tayar kenderaan suspek menyebabka­n ia terhenti.

Katanya, dalam cubaan menangkapn­ya, berlaku pergelutan hingga menyebabka­n seorang anggota cedera di kening sebelah kanan dan mendapatka­n rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

“Kami merampas

pistol Revolver .38 berserta tiga peluru dan tiga kelongsong serta tiga pedang digunakan untuk melakukan kegiatan samun selama tiga tahun di negeri ini dan Terengganu.

“Pemeriksaa­n di dalam kereta pula menemui pelbagai barangan perhiasan wanita seperti loket, gelang, rantai dan anting-anting yang semuanya emas, jam tangan, perenjat elektrik, kunci kereta dan motosikal serta telefon bimbit,” katanya dalam sidang media di IPK Kelantan, di sini, semalam.

 ??  ?? HASANUDDIN (dua dari kanan) menunjukka­n sebahagian senjata dan barang rampasan pada sidang media di IPK Kelantan.
HASANUDDIN (dua dari kanan) menunjukka­n sebahagian senjata dan barang rampasan pada sidang media di IPK Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia