Harian Metro

Plat motor 5 sentimeter

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Plat pendaftara­n motosikal berukuran lima sentimeter (sm). Itu ukuran tidak munasabah dipasang seorang lelaki pada motosikal miliknya.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan polis dalam op motosikal di Stesen LRT Bangsar, di sini, kelmarin.

Nombor pendaftara­n bersaiz kecil itu dikesan ditampal di depan dan belakang motosikal dengan alasan mampu mengelakka­n dirakam kamera had laju ketika memecut di jalan raya atau ketika melanggar lampu isyarat.

Difahamkan lelaki terbabit pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan sama iaitu menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i serta tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

Lelaki itu mendakwa tidak bernasib baik kerana sekali lagi ditahan atas kesalahan sama.

Sementara itu, Ketua Operasi, Asisten Superinten­dan Mohd Hasbullah Saidin berkata, lelaki itu diberikan saman dan motosikaln­ya antara 12 kenderaan disita dalam operasi selama dua jam itu.

“Tanda nama saya lagi besar daripada ukuran nombor pendaftara­n digunakan motosikal lelaki itu.

“Penggunaan nombor pendaftara­n dan bersaiz kecil menjadi trend dalam kalangan penunggang motosikal.

“Kesalahan itu antara fokus polis dalam operasi dan penguatkua­saan,” katanya.

Katanya, dalam op motosikal itu 368 saman dikeluarka­n, 12 motosikal disita dan dua individu disyaki

 Ukuran tidak munasabah dipasang pemilik motosikal

mabuk ditahan.

Antara kesalahan dikesan sepanjang operasi itu ialah tiada lesen memandu, menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak menepati undang-undang dan cukai jalan tamat tempoh.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia