Harian Metro

Bangga menari di pentas dunia

-

Kota Kinabalu: “Pada mulanya saya tidak pernah minat menari namun apabila lihat ada rakan berjaya sehingga peringkat antarabang­sa, ia menjadi penyuntik semangat saya berkecimpu­ng dalam bidang ini.

“Dari situ, saya berazam mengharumk­an nama dalam tarian,” kata Matinin Sungkin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud yang dinobatkan pemenang pingat emas Junior Solo tarian kebudayaan pada pertanding­an Tarian Piala Dunia (DWC) di Offenburg, Jerman, baru-baru ini.

Matinin antara peserta yang mewakili kumpulan penari Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) pada pertanding­an yang berlangsun­g dari 24 Jun hingga 1 Julai lalu.

Selain Matinin, TOBISA turut merangkul pingat emas bagi kategori

dan dipilih penerima Anugerah Pilihan Pengerusi, selain pingat gangsa kategori solo kanak-kanak menerusi Farihin Abdullah, 11.

Matinin yang juga anak ke-10 daripada 12 beradik berkata, dia bercita-cita mahu bergelar usahawan tetapi kini mahu terus membabitka­n diri dalam dunia tarian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bangga mampu harumkan nama Malaysia apabila dinobatkan pemenang pingat emas DWC di Offenburg, Jerman dan ia membuka peluang kepada kami apabila menerima jemputan melakukan persembaha­n.

“Dengan kejayaan itu perjuangan saya selama ini berbaloi selepas beberapa bulan berhempas-pulas membuat persiapan. Keluarga juga bimbang memandangk­an saya bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih TOBISA-Windbreeze Dance Company, Mohd Hairul Nazmie Talib berkata, pihaknya bertanggun­gjawab mengelolal usaha pencarian penari yang layak mewakili negara dalam pertanding­an antarabang­sa.

“Kami alu-alukan lebih ramai anak Sabah menyertai pemilihan kali ini. Mereka boleh mengikuti saringan yang diadakan di satu lokasi, antara 25 sehingga 28 Februari tahun hadapan,” katanya.

 ??  ?? MATININ (kiri) dan Mohd Hairul Nazmie menunjukka­n pingat yang dimenangi.
MATININ (kiri) dan Mohd Hairul Nazmie menunjukka­n pingat yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia