Harian Metro

Belasahan Geng

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Berang desakan menyertai kumpulan kongsi gelap Hup Woh Tong atau Geng 550 sejak Mac lalu tidak diendahkan, menyebabka­n seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dibelasah lima remaja lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, empat daripada lima remaja yang dibuang sekolah itu bertindak mengheret dan memukul mangsa kira-kira 100 meter dari sekolahnya di Taman Impian Emas di sini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berada di hadapan sekolahnya, menunggu bas.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Allan, 16, berkata, dia terkejut apabila lima remaja termasuk seorang pelajar dikenaliny­a bertindak menariknya ke lorong di kawasan berhampira­n.

Menurutnya, kumpulan remaja itu kemudian bertanya mengapa dia masih enggan menyertai kumpulan mereka.

Mangsa memberi alasan enggan terbabit dalam sebarang kegiatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

“Ketika itu, remaja lelaki terbabit memberitah­u mereka ada cara bagi memastikan saya menyertai kumpulan itu.

“Saya kemudian ditumbuk beberapa kali hingga rebah dan ditendang hingga bibir bawah terkoyak dan berdarah, selain dahi serta telinga kiri bengkak.

“Selain itu pipi kiri saya juga sakit dan pergelanga­n tangan kanan luka akibat perbuatan mereka. Mereka kemudian memberi amaran supaya saya menyertai kumpulan itu atau berdepan gangguan lain,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia mula diganggu

 Ahli kumpulan kongsi gelap berang pelajar enggan sertai pertubuhan haram >>Mangsa bukan saja diganggu di sekolah, malah turut terima mesej ugutan menerusi aplikasi WeChat

rakan sekolah supaya menyertai kumpulan itu sejak Mac lalu.

Dia mendakwa sekolahnya itu mempunyai ahli dua kumpulan kongsi gelap, bagaimanap­un kumpulan 550 aktif merekrut pelajar sekolah hingga sanggup mengugut dan memukul mereka yang berdegil.

Katanya, setiap pelajar yang menyertai kumpulan berkenaan akan diminta memberikan wang perlindung­an bulanan, selain membelanja makan dan minum ahli kumpulan itu.

“Saya bukan saja diganggu di sekolah, malah turut menerima mesej berbentuk ugutan menerusi aplikasi WeChat menyebabka­n saya bimbangkan keselamata­n diri setiap hari ke sekolah.

“Kemuncak kebimbanga­n saya apabila diugut kelmarin di mana salah seorang daripada mereka mengatakan

 ??  ?? MANGSA menunjukka­n laporan polis yang dibuat selepas dipukul lima orang di Taman Impian Emas, Skudai.
MANGSA menunjukka­n laporan polis yang dibuat selepas dipukul lima orang di Taman Impian Emas, Skudai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia