Harian Metro

MOA rangka modul pertanian dalam bandar Rekod baik tadbir negara

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan lndustri Asas Tani (MOA) sedang merangka satu modul pelaksanaa­n program pertanian dalam bandar yang bukan saja dapat mengurangk­an kos sara hidup rakyat, tetapi juga memberi pendapatan tambahan kepada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan dilaksanak­an Kuala Lumpur: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya melalui catatan di Twitter beliau, semalam. bersama Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta semua agensi berkaitan di kedua-dua kementeria­n berkenaan.

Menurut beliau, pertanian dalam bandar kini sudah menjadi satu trend di negara maju seperti di Tokyo, Singapura serta Hong Kong dan bukan lagi dilihat sebagai tugas mereka yang tinggal di kampung semata-mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai rekod pencapaian sangat baik dalam mentadbir negara serta mendapat sokongan menyeluruh dalam kalangan rakyat.

“Rakyat sudah tahu memilih antara kaca dan permata. Rakyat pun tahu berapa tahun rekod kita mentadbir negara. Wujudnya UMNO sebagai parti politik yang membawa negara kita kepada apa yang kita lihat hari ini.

“Dan bukan setakat itu saja, kita mempunyai visi masa depan seperti TN50 (Transforma­si Nasional 2050). Mereka dapat lihat bahawa mereka boleh meletakkan kepercayaa­n dan keyakinan kepada UMNO.

“Ini bukanlah sesuatu yang mereka hendak ambil risiko mengenai masa depan. Tetapi ini adalah berdasarka­n kepada bukti dan realiti yang sukar hendak dinafikan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau melihat sambutan luar jangkaan

 Rakyat masih boleh letak kepercayaa­n

daripada rakyat terhadap majlis itu, sekali gus menunjukka­n sambutan mereka kepada parti.

“Alhamdulil­lah saya lihat suasana sambutan jamuan hari raya ini di luar daripada jangkaan kita.

“Kalau mereka tak senang hati dengan UMNO sebagai parti yang menjadi kerajaan tak mungkin mereka hadir,” katanya.

Beliau berkata, rakyat mesti meletakkan kepercayaa­n kepada parti yang mempunyai struktur kepemimpin­an, hierarki, kekuasaan, hala tuju dan kemampuan yang jelas.

 ??  ?? NAJIB melayan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, PWTC, semalam.
NAJIB melayan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, PWTC, semalam.
 ??  ?? AHMAD Shabery (kanan) bersama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada majlis Pelancaran Program Pertanian Bandar Peringkat Lembah Klang di SK Taman Nirwana, Ampang.
AHMAD Shabery (kanan) bersama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada majlis Pelancaran Program Pertanian Bandar Peringkat Lembah Klang di SK Taman Nirwana, Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia