Harian Metro

Penutupan Masjid Al-Aqsa nafi hak umat Islam

-

Putrajaya: Tindakan provokatif Israel melakukan penutupan Masjid Al-Aqsa adalah pencabulan secara terbuka terhadap tapak suci dan pelanggara­n hak umat Islam untuk beribadat dengan bebas tanpa sebarang halangan.

Menerusi kenyataan dikeluarka­n Kementeria­n Luar, kebebasan beribadat adalah hak yang dijamin di bawah undang-undang antarabang­sa dan sebarang pencabulan­nya harus ditentang habis-habisan.

“Justeru, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid Al-Aqsa oleh pihak berkuasa Israel pada 14 Julai lalu.

“Tindakan pihak berkuasa Israel menghalang umat Islam untuk beribadat di masjid itu bertentang­an dengan undang-undang dan norma antarabang­sa,” kata kenyataan itu, semalam.

Dalam pada itu, tindakan berkenaan adalah kali pertama umat Islam dihalang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa sejak tahun 1969. Klang: Kadar penggunaan air terawat di Selangor tertinggi di rantau ASEAN dan 70 peratus daripadany­a digunakan bukan untuk keperluan makanan dan minuman.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, statistik menunjukka­n sejumlah 250 liter per kapita air digunakan rakyat negeri ini setiap hari.

“Penggunaan itu yang tertinggi berbanding negara jiran iaitu Singapura dengan jumlah 150 liter manakala Thailand dengan 170 liter sehari.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyaranka­n penggunaan air terawat pada kadar 165 liter.

Oleh itu, sikap menggunaka­n air secara berhemat perlu terus dibudayaka­n,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program Jimat Air di Pangsapuri Pelangi Court di sini, semalam.

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia