Harian Metro

Tiada hasrat sekat aplikasi Telegram di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram di Malaysia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun Indonesia sudah mengharamk­an penggunaan aplikasi Telegram kerana wujud unsur membabitka­n keganasan, beliau berkata, pemantauan setakat ini mendapati tiada sebarang elemen penyebaran unsur jenayah dan keganasan melalui Telegram di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, kerajaan menghormat­i hak peribadi pengguna di negara ini dan tidak berhasrat untuk mencampuri ‘chatting’ pengguna Telegram.

“Penelitian KDN (Kementeria­n Dalam Negeri) khasnya Unit Anti Keganasan dan Cawangan Khas PDRM mendapati bahawa aplikasi (Telegram) setakat ini tidak mengandung­i unsur yang melibatkan berlakunya jenayah, jauh sekali daripada perbuatan merekrut atau untuk memperoleh dana bagi membiayai aktiviti keganasan,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Jakel Mall, di sini, semalam.

Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan kerajaan Indonesia pada Jumaat (14 Julai) yang menyekat aplikasi Telegram berikutan pendedahan ia digunakan antara lain untuk menyebarka­n fahaman militan Daish serta aktiviti keganasan lain.

Beliau berkata, kerajaan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap penggunaan aplikasi media sosial bagi mengesan kegiatan ke arah keganasan. – BERNAMA

 ??  ?? DR Ahmad Zahid Hhadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Jakel di Jakel Mall.
DR Ahmad Zahid Hhadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Jakel di Jakel Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia