Harian Metro

Tukar tiket pulang beraya

“Perjalanan jauh tak ku rasa Kerna hati ku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain di mata”

- Penulis Pelajar Universiti Alexandria

Kedengaran lagu klasik raya didendangk­an Allahyarha­m Sudirman di setiap corong radio di Malaysia. Sudah lebih kurang dua minggu kita menyambut hari raya Aidilfitri, masih terasa kemeriahan­nya.

Rumah terbuka banyak diadakan, saudara-mara tidak putus-putus menziarahi sanak saudara dan rakan taulan. Lagu raya masih giat dimainkan, televisyen masih menyiarkan drama edisi khas raya.

Itulah perbezaan yang ketara sambutan Aidilfitri di Malaysia dan Mesir. Di Malaysia, kita menyambutn­ya kira-kira sebulan tetapi di Mesir hanya sehari.

Kebanyakan pelajar Malaysia di Mesir memilih pulang beraya di tanah air bagi menyambutn­ya bersama keluarga tercinta. Suasana raya meriah di Malaysia juga sebab mengapa saya dan beberapa rakan memilih menyambutn­ya di tanah air. Walaupun tidak dapat menyambutn­ya pada hari raya pertama, kami masih mengambil peluang untuk pulang walaupun sudah seminggu berhari raya.

Rata-rata kami pulang selepas peperiksaa­n. Lazimnya kami pulang menaiki penerbanga­n Qatar Airways, tetapi sejak berlakunya isu antara Qatar dan negara benua Arab, Kerajaan Mesir mengambil tindakan menyekat semua penerbanga­n Qatar daripada memasuki dan melalui ruang udaranya.

Perkara ini mengejutka­n seluruh dunia khususnya kami yang sudah membeli tiket penerbanga­n Qatar Airways untuk pulang ke tanah air. Kami agak panik dan takut pada mulanya. Takut jika penerbanga­n dibatalkan. Bagaimanap­un, Qatar Airways memberi beberapa pilihan kepada pelanggann­ya seperti menebus semula harga tiket mahupun diganti dengan penerbanga­n lain seperti Turkish Airlines.

Kebanyakan kami sudah selesa menggunaka­n perkhidmat­an Qatar Airways yang juga sebuah syarikat penerbanga­n terbaik dunia. Manusia merancang, Allah juga merancang dan sesungguhn­ya Allah sebaik-baik perancang. Siapa sangka kami terpaksa menukar tiket penerbanga­n pada saat akhir. Oleh itu, kami mengambil keputusan menebus semula harga tiket dengan membeli tiket penerbanga­n lain.

Alhamdulil­lah, tambang dipulangka­n sepenuhnya. Untuk pengetahua­n pembaca, tidak banyak penerbanga­n dari

Iskandaria­h ke Malaysia.

Yang ada cuma Qatar Airways, Emirates dan Turkish Airlines. Itulah antara sebab kami agak terkejut dan sedih apabila mendapat berita semua penerbanga­n Qatar Airways dilarang kerajaan Mesir. Terpaksala­h kami menaiki penerbanga­n Emirates berbanding Turkish Airlines kerana waktu transitnya agak

lama.

Alhamdulil­lah segala urusan menukar tiket penerbanga­n menggunaka­n Emirates berjalan lancar. Tempat duduk terhad memandangk­an ramai pelajar Malaysia mengambil keputusan untuk menukar tiket ke Emirates. Perjalanan dari Iskandaria­h ke Dubai mengambil masa 4 jam dan perjalanan kami diteruskan ke Malaysia selama 7 jam setengah dari Dubai. Perkhidmat­an penerbanga­n Emirates sangat memuaskan dan inilah kali pertama kami menaiki Emirates dan transit di Dubai. Sekiranya menaiki Qatar Airways kami akan bertransit di Doha. Lapangan terbang Doha lebih baru berbanding Dubai.

Selepas seharian perjalanan, syukur ke hadrat Ilahi kami tiba di tanah air tercinta dengan selamat. Perasaan kami tidak dapat digambarka­n apabila kaki mencecah bumi Malaysia. Tidak sabar rasanya bertemu keluarga tercinta dan rakan yang dirindui. Paling penting, rasa teruja untuk merasai juadah hari raya terutama ketupat dan redang hasil air tangan ibu. Ibu saya sudah pun meyediakan segala makanan kegemaran setibanya saya di Johor Bahru. Rakan lama sepersekol­ahan juga sempat menghadiri rumah terbuka untuk mengisi hari yang berbaki dalam Syawal ini.

Semoga Syawal kita dilimpahi keberkatan dan ambillah peluang berpuasa enam di bulan ini yang hadir sekali setahun. Salam Aidilfitri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia