Harian Metro

KAEDAH ALAM TENTUKAN KIBLAT

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Bagi penganut agama Islam, salah satu syarat sah mendirikan solat adalah dengan menghadap ke arah kiblat.

Maka penentuan arah kiblat yang tepat sebelum memulakan ibadah dalam rukun Islam kedua itu amat penting kerana dibimbangi solat yang dilakukan tidak diterima Allah SWT.

Berikutan itu, masyarakat Islam di seluruh negara berpeluang menentukan ketepatan arah kiblat masing-masing termasuk di rumah, masjid dan surau, malah di tempat kerja tepat pada 5.28 petang semalam (16

Julai) menerusi semakan arah kiblat mengunakan kaedah Istiwa A’zam.

Istiwa A’zam adalah fenomena di mana kedudukan matahari berada di atas titik Kaabah, sekali gus umat Islam di seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat masing-masing melalui bayang-bayang objek.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, fenomena yang berlaku dua kali setahun itu juga digelar Matahari Istiwa yang memudahkan orang ramai memperbetu­lkan arah kiblat masing-masing menerusi bayang-bayang yang jatuh melalui objek yang digunakan.

“Orang ramai boleh menggunaka­n apa saja objek seperti batang kayu untuk menentukan arah kiblat melalui bayangbaya­ng. Namun ia mesti dilakukan tepat pada waktunya iaitu jika pada 16 Julai, ia mesti tepat pada 5.28 petang, tidak boleh lewat atau terlalu awal.

“Kaedah ini penting untuk mengetahui ketepatan arah kiblat,” katanya kepada Harian Metro.

Fenomena Istiwa A’zam turut berlaku pada 28 Mei lalu iaitu tepat 5.16 petang di mana orang ramai boleh menggunaka­n objek seperti pen, pembaris dan dahan kayu bagi melihat bayang-bayang yang muncul pada waktu itu.

Selain kiraan falak yang sering digunakan Jabatan Mufti Negeri masingmasi­ng bagi menentukan arah kiblat di setiap masjid dan surau, kaedah Istiwa A’zam juga dianggap kaedah paling tepat dalam menentukan arah kiblat.

Sesetengah ulama berpendapa­t fenomena yang berlaku dua kali setahun itu menunjukka­n

 ??  ??
 ??  ?? HAKIKAT Islam itu mudah diamalkan terbukti dengan insiden Istiwa A’zam.
HAKIKAT Islam itu mudah diamalkan terbukti dengan insiden Istiwa A’zam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia