Harian Metro

Cara Islam tangani buli

-

 Terap nilai persaudara­an dalam kalangan golongan muda Tidaklah seseorang daripada kalian sempurna imannya sehingga dia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang dia cintai untuk dirinya” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Gejala buli membabitka­n remaja di sekolah dan institusi pengajian tinggi kembali kedengaran mutakhir ini.

Apa yang menyedihka­n, isu buli bukan hanya membawa kecederaan kepada mangsa malah berakhir dengan kematian dan menjadi kes bunuh.

Ternyata ia bukan isu kecil. Justeru, semua pihak perlu memandang serius hal ini sebelum lebih banyak lagi kes berkaitan buli berakhir dengan kematian menyayat hati.

Lebih menggusark­an, banyak kes buli yang dilaporkan media di negara ini membabitka­n kaum Melayu dan Muslim.

Bukankah itu satu isu penting untuk difikirkan bersama? Kini, bukan masanya pihak yang terbabit menyalahka­n antara satu sama lain.

Sudah tiba masanya kita bersama-sama memikirkan jalan penyelesai­an yang boleh menangani budaya buli yang dilihat masih belum berkesudah­an.

Kejadian buli khususnya di sekolah berlaku atas pelbagai faktor dan ia sebenarnya satu budaya yang sememangny­a wujud sejak sekian lama.

Cuma situasi terdahulu, buli di asrama atau sekolah bukanlah satu perkara serius sehingga membabitka­n kematian.

Ada kalanya golongan senior meminta junior mereka melakukan kerja sebagai seorang pelajar asrama yang sepatutnya diuruskan mereka sendiri.

Namun, fenomena buli kini membabitka­n pergaduhan melampau antara kelompok pelajar atas isu yang sebenarnya boleh diselesaik­an dengan cara baik.

Di sinilah terzahirny­a punca berlakunya masalah itu dalam kalangan remaja apabila masing-masing cuba menunjukka­n kehebatan diri tanpa berfikir secara waras.

Nafsu menjadi tidak terkawal, apatah lagi sekiranya nilai agama sangat nipis dalam diri.

Lihatlah kembali kegemilang­an Islam yang tersemat rapi dalam sejarah. Rasulullah SAW berjaya menyelesai­kan permusuhan antara kaum Aus dan Khazraj tatkala Baginda sama-sama berada di bumi Madinah.

Baginda SAW menyemai nilai murni dalam diri setiap individu hatta kepada golongan Yahudi yang ketika itu masih menetap di Madinah bersama golongan Muslimin.

Mereka boleh hidup dengan harmoni malah bersama-sama mempertaha­nkan kedaulatan bumi Madinah daripada ancaman musuh dari luar.

Justeru, dalam menangani masalah buli ini, beberapa perkara penting perlu dilaksanak­an iaitu bermula dari aspek tarbiah dan pemantauan oleh ibu bapa, guru dan juga masyarakat.

Antara perkara yang perlu diusahakan ialah memupuk jiwa mengasihi sesama insan. Jika setiap individu saling mengasihi, tidak mungkin ada yang tergamak membuli orang lain meskipun dirinya tidak berpuas hati mengenai sesuatu perkara.

Jauh sekali sanggup memudaratk­an orang lain yang hakikatnya mereka bersama-sama menuntut ilmu bagi mencipta kejayaan dalam hidup.

Mungkin remaja belum mampu melihat nilai kasih sayang itu kerana usia masih muda dan belum hidup berdikari.

Tidak ada manusia yang boleh hidup bersendiri­an tanpa dikeliling­i insan yang mengasihi dirinya.

Golongan dewasa perlu sentiasa menjelaska­n kepentinga­n mengasihi sesama insan kepada remaja.

Ibu bapa dan guru juga perlu sentiasa mengingatk­an anak dan pelajar mereka pentingnya menyemai rasa kasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang daripada kalian sempurna imannya sehingga dia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang dia cintai untuk dirinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, rapatkan juga jurang perbezaan. Ramai orang memandang tinggi aspek perbezaan sesama insan.

Di sekolah misalnya, ada kumpulan senior dan junior. Begitu juga di tempat kerja.

Jika jurang itu dijadikan asas utama dalam semua bentuk pertimbang­an, tidak mustahil senior akan membuli junior hanya dengan alasan yang diperbesar­kan.

Kadangkala orang dewasa juga terlalu meraikan perbezaan itu. Di tempat makan pelajar, mungkin ada elemen pengasinga­n antara senior dan junior.

Ketika berhimpun sesama pelajar, ada perbezaan ketara antara kumpulan senior dan junior. Jika hal itu terus dipraktikk­an dalam kehidupan pelajar dan remaja, tidak dinafikan ia menjadi antara sebab berlakunya fenomena buli dalam kalangan mereka.

Campurkan mereka bersama supaya dapat meraikan sedikit perbezaan. Biarkan mereka melakukan tugasan secara berkumpula­n, bukan berpuak-puak seperti yang biasa diamalkan.

Bukankah Islam melarang budaya berpuak-puak sesama manusia mengikut kasta dan tahap tertentu? Islam amat menitikber­atkan soal kualiti. Siapa yang lebih baik, maka dialah dipandang mulia.

Tidak semestinya seseorang itu lebih senior maka dialah yang terbaik dan tidak semestinya juga seseorang berada dalam kelompok majoriti, dia boleh sewenangwe­nangnya menindas golongan minoriti.

Itulah antara perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan golongan remaja sekolah dan penuntut universiti.

Mereka perlu terus dipimpin agar sentiasa berada pada landasan yang betul.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia