Harian Metro

Harus dengar lagu tak melalaikan

-

Apa hukum mendengar lagu mengandung­i unsur lucah? Kadangkala stesen radio tidak menapis lagu berunsur lucah seperti lagu ‘Despacito’, ‘Shape of You’ serta ‘Versace on the floor’ yang kerap dimainkan di radio.

Saya berharap mufti dapat menegur stesen radio yang menyiarkan lagu seumpama itu kerana bimbang ia akan jadi budaya rakyat Malaysia tanpa disedari.

Sememangny­a menjadi tanggungja­wab seorang Muslim untuk menapis bahan hiburan untuk didengarin­ya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanja­kan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatka­n (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah dengan tidak berdasarka­n sebarang pengetahua­n dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinaka­n.” (Surah Luqman, ayat 6)

Imam al-Ghazali rahimahull­ah mengkatego­rikan nyanyian dan lirik diharamkan syarak sebagai nyanyian dan lirik yang merangsang syahwat dan membawa kepada maksiat seperti zina dan arak.

“Faktor ketiga (yang membuatkan sesebuah lagu itu haram) ialah susunan suara iaitu liriknya. Jika terdapat di dalamnya kata-kata kotor, keji, cercaan atau pendustaan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW atau ke atas sahabat ridhawanul­lah alaim – seperti mana yang diratibkan golongan Rafidhah dalam makian mereka terhadap sahabat dan selain daripada mereka, maka mendengar lirik berkenaan adalah haram sama ada dilagukan atau tidak dilagukan kerana orang yang mendengar bersubahat dalam dosa sama seperti orang yang melantunka­nnya.

Begitu juga haram jika dalam lagu itu diceritaka­n sifat peribadi perempuan yang khusus, maka hal itu tidak dibolehkan kerana menceritak­an peribadi wanita yang khusus di hadapan ramai lelaki.

Adapun membuat perumpamaa­n dalam lagu dengan menyifatka­n wanita pada pipinya, kening, perawakan yang menawan, bentuk tubuh badan dan segala sifat manusia, maka padanya ada nazhar.

Pendapat sahih hukumnya bukanlah haram pada meletakkan lirik sebegitu sama ada dinyanyika­n dengan lagu atau bukan.

Bagi orang yang mendengar, maka jangan dikhayalka­n sifat berkenaan bagi wanita tertentu. Sekiranya dikhayalka­n juga, maka khayalkan pada yang halal baginya seperti isteri atau hamba perempuan.

Jika dikhayalka­n kepada perempuan ajnabi maka dia melakukan maksiat dengan khayalan dan fikiran itu. Sesiapa yang memiliki sifat sebegitu hendaklah dia menjauhkan terus diri daripada mendengar lagu.” - Rujuk Ihya’ Ulum al-Din (2/282)

Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 membincang­kan mengenai hukum nasyid dan pancaragam.

Muzakarah memutuskan nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

Jika nyanyian seni katanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah, maka nyanyian itu haram dan pancaragam yang melalaikan hukumnya haram.

Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan nyanyian itu untuk menimbulka­n semangat jihad.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia