Harian Metro

Nak jumpa anak, isteri

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Hakim izinkan kontraktor bertemu keluarga selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati

“Saya nak jumpa anak dan bini (isteri) dulu.” Demikian permintaan kontraktor, Ghana Parkas Anthony, 38, selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap tuduhan membunuh pekerjanya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Bache membenarka­n permintaan Ghana bertemu isteri dan dua anaknya berusia dua serta empat tahun.

“Bagi peluang kepadanya bertemu dengan keluarga. Polis boleh mengiringi. Awak masih ada peluang lagi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Ghana Parkas yang berasal dari Johor selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau berkata, tertuduh marah kepada si mati selepas diper- lekehkan se- belum dia memukul dan mencungkil mata mangsa dengan batang kayu mop.

“Tertuduh kemudian mengikat si mati menggunaka­n tali pinggang dan kain untuk menutup matanya sebelum mencurah minyak ke seluruh badan dan mengikut keterangan pembelaan, tindakan itu adalah untuk menakutkan si mati.

“Mahkamah mendapati orang yang melakukan pembakaran itu adalah tertuduh kerana ia dibuat secara terancang apabila tertuduh membawa minyak bersama ketika kejadian. Pada masa sama, tertuduh turut membuang telefon bimbit si mati dan meninggalk­annya biarpun menyedari mangsa terbakar.

“Maka, mahkamah mensabitka­n tertuduh terhadap kesalahan membunuh. Tiada pilihan hukuman lain bagi kesalahan ini, selain hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam penghakima­nnya.

Sebaik mendengar keputusan itu, kedengaran tangisan ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya yang turut berada di galeri awam mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Ramu Avali, 39, di ladang sawit, Cherang Tuli, Pasir Puteh, pada jam 6 petang 11 Mei 2015.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Haijan Omar.

Harian Metro pada 12 Mei 2015 melaporkan seorang lelaki maut selepas dibakar di ladang sawit.

 ??  ?? GHANA dijatuhi hukuman
gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Kota
Bharu, semalam.
GHANA dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia