Harian Metro

‘Esok saya nak nikah tuan’

-

Machang: “Saya mohon jaminan minimum kerana esok (hari ini) saya (akan) bernikah,” kata Abdul Hadi Hamzah, 20, seorang daripada 14 tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Abdul Hadi bersama tertuduh lain berusia antara 18 hingga 57 tahun termasuk seorang kontraktor dihadapkan ke mahkamah terhadap tuduhan mengambil dan memindahka­n pasir tanpa kebenaran Februari lalu.

Lelaki itu yang juga penganggur dan tertuduh lain, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan aktiviti mengambil dan memindahka­n pasir tanpa kebenaran di Jalan Tok Bok ke Selising, Mukim Tok Bok, Labok, di sini, pada jam 12.30 tengah hari 23 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Pejabat Tanah dan Galian Kelantan Mohd Helwi Mat Zin menawarkan jaminan RM10,000 kepada setiap tertuduh yang tidak diwakili peguam dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 dan seorang remaja berusia 18 tahun diikat jamin RM2,000.

Amal Razim menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

 ??  ?? ANTARA tertuduh yang didakwa mengambil dan memindahka­n pasir tanpa kebenaran.
ANTARA tertuduh yang didakwa mengambil dan memindahka­n pasir tanpa kebenaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia