Harian Metro

Pecah dinding pintu rumah urut degil

-

Kuala Lumpur: Terpaksa pecah dinding dan pintu selepas gagal memujuk sindiket rumah urut membenarka­n pemeriksaa­n dijalankan.

Itu antara tindakan tegas dilakukan pihak penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap empat premis urutan refleksolo­gi di Sri Hartamas di sini, yang disyaki turut menawarkan khidmat seks.

Dalam serbuan jam 1 pagi semalam, pemilik premis enggan membuka pintu ketika serbuan dijalankan walaupun pihak DBKL berulang kali meminta mereka memberi kerjasama penuh.

Jurucakap DBKL berkata, pihaknya tidak punya pilihan dan terpaksa memecahkan pintu premis berkenaan sebelum pemeriksaa­n lanjut dijalankan.

“Semua premis berkenaan dikesan melakukan pelbagai kesalahan seperti beroperasi tanpa lesen.

“Mereka juga dikesan melakukan kesalahan membina sekatan dalaman tanpa

kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, semua premis itu diberikan notis kompaun selain peralatan kamera litar tertutup (CCTV) disita.

“Pegawai dan anggota DBKL turut memecahkan sekatan dalaman yang dibuat tanpa kebenaran itu.

“DBKL mengingatk­an kepada semua pengusaha premis urutan supaya mengikuti peraturan yang sudah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, semua premis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 79A(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-undang kecil (UUK) 3 (1).

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha yang masih degil menyalahi peraturan yang ditetapkan DBKL,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa rumah urut. Gambar kecil, dinding yang dipecahkan.
ANGGOTA polis memeriksa rumah urut. Gambar kecil, dinding yang dipecahkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia