Harian Metro

Orang Kajang teruja

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Perkhidmat­an MRT jimatkan masa, kos ke tempat kerja

Setiap hari mengharung­i kesesakan lebih sejam untuk perjalanan hanya 30 kilometer. Situasi berkenaan dilalui puluhan ribu penduduk daerah ini yang bekerja di ibu kota sekali gus menggambar­kan betapa peritnya kehidupan yang dilalui mereka untuk mencari rezeki.

Namun, keadaan itu bakal berakhir hari ini apabila fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang bakal beroperasi sepenuhnya dengan memberikan alternatif lain dalam menyelesai­kan masalah lalu lintas selain turut mampu menjimatka­n kos seharian.

Pekerja swasta, Hairuddin Omar, 31, yang menetap di Prima Saujana Kajang, di sini, berkata, rutin hariannya lima kali seminggu mengharung­i kesesakan untuk ke tempat kerja di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Katanya, perkara yang memenatkan sebelum ini bukan timbunan kerja sebaliknya mengharung­i masalah kesesakan.

“Bayangkan saya perlu menyediaka­n kos minyak iaitu RM600 sebulan semata-mata ke tempat kerja dan ia tidak termasuk tol dan bayaran tempat letak kereta.

“Jika dilihat tempoh ke tempat bekerja iaitu sejam setengah, seolah-olah saya menetap di Seremban atau Bentong, namun hakikatnya jarak perjalanan hanya 40 kilometer saja,” katanya yang berulang-alik ke tempat kerja sejak lima tahun lalu.

Hairuddin berkata, MRT SBK memberikan kelegaan kepadanya yang setiap hari memikirkan pelbagai masalah hanya semata-mata mahu ke tempat kerja.

“MRT dapat menjimatka­n masa dan wang selain menyelesai­kan masalah kepada penduduk Kajang yang sebelum ini hanya bergantung kepada bas dan teksi sebagai pengangkut­an awam.

“Memandangk­an stesen

MRT hanya terletak dua kilometer dari rumah, saya akan menggunaka­n sepenuhnya kemudahan terbabit untuk ke tempat kerja dan sudah pasti kos pengangkut­an dapat dikurangka­n,” katanya.

Sementara itu, Hamdan Abu, 59, dari Taman Desa Mewah, Semenyih, berkata, MRT diharap dapat menyelesai­kan sekurang-kurangnya 50 peratus masalah kesesakan

lalu lintas untuk ke ibu kota.

“Ada waktunya masalah kesesakan begitu kronik malah mengambil masa sehingga dua jam untuk pergi dan pulang ke tempat kerja.

“Pada masa sama, jumlah kenderaan juga dapat dikurangka­n apabila orang ramai memilih MRT sebagai pengangkut­an utama untuk ke tempat kerja masing-masing,” katanya.

 ??  ?? KIRA -kira 200 penduduk Kejiranan Semidara Saujana Utama 3, Sungai Buloh, Selangor
menghadiri majlis Semidara Breakfast Raya 2017, semalam. Majlis berkonsepk­an sambutan Aidilfitri dalam taman itu
diadakan bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan penduduk terutama sempena
bulan Syawal.
KIRA -kira 200 penduduk Kejiranan Semidara Saujana Utama 3, Sungai Buloh, Selangor menghadiri majlis Semidara Breakfast Raya 2017, semalam. Majlis berkonsepk­an sambutan Aidilfitri dalam taman itu diadakan bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan penduduk terutama sempena bulan Syawal.
 ??  ?? SEBUAH MRT melalui Stesen Kajang diuji pada tempoh operasi percubaan penuh bagi Fasa Kedua perkhidmat­an MRT laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen MRT Kajang.
SEBUAH MRT melalui Stesen Kajang diuji pada tempoh operasi percubaan penuh bagi Fasa Kedua perkhidmat­an MRT laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen MRT Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia