Harian Metro

Agih bantuan dengan lebih efisien

-

Bangi: Brahim’s Dewina melancarka­n Bantuan Asas Makanan iaitu program mengumpul dan mengagihka­n makanan kepada golongan memerlukan dengan lebih sistematik dan efisien sekali gus memastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya daripada syarikat berkenaan.

Malah, bagi memastikan program berkenaan dilaksanak­an dengan lebih proaktif, trak yang mempunyai pelbagai kemudahan turut disediakan berperanan mengumpul produk makanan daripada pihak tertentu untuk diagihkan kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.

Pengerusi Eksekutif Brahim’s Dewina Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi berkata, 14 syarikat pengeluar dan penyedia makanan akan bekerjasam­a membekalka­n produk berkenaan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata, Brahim’s Dewina dengan kerjasama Baitul Hayati pula akan mengumpul dan mengagihka­n makanan berkenaan setiap hari termasuk memasak serta membungkus­kannya.

“Kami akan mengumpul dan mengagihka­n makanan setiap hari dengan anggaran 50,000 pek makanan akan disediakan nanti.

“Untuk itu, trak diperlukan bagi melicinkan lagi proses berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan iaitu ruangan penyimpana­n sejuk beku dan dapur mini bertujuan memasak hidangan,” katanya pada majlis Pelancaran Trak Makanan untuk Bantuan Asas Makanan, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 ??  ?? ABDULLAH (dua dari kanan) menyampaik­an replika kunci foodtruck kepada Founder Food Aid Foundation Rick Chee.
ABDULLAH (dua dari kanan) menyampaik­an replika kunci foodtruck kepada Founder Food Aid Foundation Rick Chee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia