Harian Metro

Pesakit HIV meningkat

-

Kuala Lumpur: Membimbang­kan apabila bilangan pesakit HIV/Aids meningkat saban tahun dipengaruh­i gejala tidak sihat membabitka­n segelintir penduduk negara ini.

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an berkata, bilangan pesakit itu dikesan meningkat pada 2016 dengan jumlah 3,397 berbanding 3,330 pada 2015.

“Belia dalam kalangan 13 hingga 29 tahun antara kumpulan yang berisiko kepada jangkitan virus HIV.

“Aktiviti seks rambang adalah punca utama golongan berkenaan mudah terdedah kepada penyakit tiada penawar itu, selain terbabit dengan penyalahgu­naan dadah.

“Kesedaran terhadap implikasi penyakit berkenaan perlu diperluask­an agar golongan belia tidak mensia-siakan hidup mereka menerusi amalan tidak bermoral itu,” katanya.

Beliau ditemui ketika melancarka­n larian Hot & Cold Charity Run 2017 anjuran MAF dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang diadakan di universiti berkenaan, semalam.

Seramai 1,700 peserta menyertai larian berkenaan menerusi tiga kategori iaitu 3 kilometer (km), 5km dan 10km.

Dana RM200,000 dikutip dan diserahkan kepada MAF dan Fakulti Perubatan UM bertujuan meningkatk­an kempen kesedaran terhadap pergerakan AIDS.

Dr Adeeba berkata, Kelantan mencatatka­n kadar kematian tertinggi akibat HIV/AIDS dengan jumlah 2,372 diikuti Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (2,295), Pahang (2,078), Selangor (2,038), Johor (1,938), Terengganu (1,502) dan Melaka (1,016).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia