Harian Metro

MMEC sasar bantu 1,000 usahawan eksport

-

Kuala Lumpur: Malaysian Millennium Entreprene­urs Consortium (MMEC), menyasarka­n untuk membantu 1,000 usahawan bagi tujuan eksport dengan nilai dagangan AS$100 juta (RM435 juta) menjelang 2018.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MMEC Datuk Hassan Saad berkata, pihaknya sudah mengadakan banyak aktiviti membabitka­n usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mengubah cara tradisiona­l kepada komersial.

“MMEC mengambil tanggungja­wab ini dengan tidak membabitka­n mana-mana agensi (orang tengah) dan kami berusaha untuk memudahkan kerja mengekspor­t produk yang selama ini memberi kekangan kepada usahawan untuk meluaskan pasaran ke luar negara.

“Kami juga memberi jaminan bagi semua kemungkina­n dalam perdaganga­n ini dengan mengkaji risiko dalam semua aspek,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, MMEC komited membantu usahawan tempatan meneroka pasaran luar negara terutama menerusi pelancaran kempen

MMEC juga memeterai memorandum persefaham­an antara MMEC dengan Pusat Perniagaan Antarabang­sa Pertubuhan Kerjasama Islam, Majlis Perniagaan Mongolia Malaysia dan Laanza Hyper (Kuwait) yang bertujuan membantu PKS memperluas­kan pasaran ke peringkat antarabang­sa.

Hassan berkata, kempen

adalah bagi mengumpul produk PKS dari seluruh Malaysia untuk dieksport bagi menampung permintaan yang sangat tinggi dari rangkaian pasar raya luar negara melalui beberapa fasa pemasaran.

Katanya, bermula dengan Kuwait, melalui rangkaian pasar raya Laanza Hyper-Kuwait, MMEC membuka pasaran yang lebih luas ke-57 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui perhubunga­n perniagaan MMEC dengan

yang berpangkal­an di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia