Harian Metro

Transforma­si bazar jualan

-

 MARA perkasa pembanguna­n keusahawan­an Bumiputera luar bandar

Apakah perancanga­n MARA dalam membangunk­an program berbentuk keusahawan­an kepada rakyat terutamany­a yang tinggal di luar bandar?

MARA akan terus berjuang memperkasa­kan pembanguna­n keusahawan Bumiputera khususnya di luar bandar. Aspirasi ini menjadi teras agensi sejak ditubuhkan 51 tahun lalu.

Kami merangka pelbagai strategi dan mengklasif­ikasikan sasaran kepada beberapa kategori seperti belia yang berminat dalam bidang keusahawan­an namun tidak memiliki kemahiran berniaga, kekurangan modal atau tiada lokasi khusus bagi perniagaan.

Kami mengadakan sesi turun padang dan bertemu dengan mereka yang berminat menceburi bidang keusahawan­an.

Langkah mentransfo­rmasikan bazar MARA sedia ada melalui peningkata­n imej bangunan dan konsep perniagaan yang relevan turut dilaksanak­an dengan sasaran peningkata­n pendapatan sehingga RM15,000 sebulan.

Apa yang penting, kami

sentiasa memberi keutamaan kepada penduduk luar bandar meningkatk­an kemahiran keusahawan­an melalui latihan di Institut Pendidikan MARA seperti Giat MARA dan Institut Kemahiran MARA.

MARA mempunyai pelbagai program berbentuk keusahawan­an, ada perancanga­n untuk menjadikan usahawan MARA ke arah sektor eksport?

Sekiranya diteliti, pasaran dalam negara hanya membabitka­n 30 juta penduduk berbanding 625 juta penduduk Asia Tenggara membuktika­n eksport adalah pilihan tepat dalam mengembang­kan perniagaan dan meraih keuntungan.

Jadi, kami menjalin kerjasama dengan SME Cor poration Malaysia (SME Corp) melalui program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dengan menyalurka­n pembiayaan untuk usahawan eksport.

MARA juga melalui pembabitan

anak syarikat seperti DDEC turut mempersiap­kan usahawan ini menembusi pasaran luar negara.

Kami mempunyai matlamat khusus melonjakka­n usahawan Bumiputera lebih kompetitif di peringkat serantau menerusi penumpuan dalam sektor korporat, peruncitan, tekno usahawan, pembuatan dan kontraktor.

Dunia semakin berkembang dengan kemunculan idea dan inovasi perniagaan. Jadi apakah cabaran perlu dihadapi usahawan Bumiputera di luar sana?

Bidang perniagaan bukan saja menjanjika­n pulangan lumayan namun ia penuh dengan ranjau dan duri. Bukan mudah mereka mengecapi kejayaan.

Bagi MARA, kami melihat cabaran ini terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalaman dan luaran di mana sepanjang perjalanan perkembang­an MARA, cabaran sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman.

Sebagai organisasi bersepadu dalam tiga segmen berbeza, adakah MARA merancang meninjau perniagaan di pasaran asing?

Untuk berada di gelanggang antarabang­sa bukan saja memerlukan suntikan modal besar, tetapi kebolehupa­yaan organisasi mencapai standard dunia.

Baru-baru ini ketika Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi (LIMA) 2017, MARA memeterai 11 perjanjian persefaham­an (MoU) dan tiga daripadany­a membabitka­n usaha sama dengan syarikat luar negara, M-Aero Technology.

Pada Februari lalu, MARA menandatan­gani MoU bersama Ghazzawi Business Group, antara konglomera­t terbesar di Arab Saudi diwakili anak syarikatny­a, March Global LLC.

Kami berusaha mempersiap­kan usahawan ini menembusi pasaran luar

negara

Azhar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia