Harian Metro

AIA Public Takaful luas edaran produk melalui usahawan agensi

-

Penyedia produk kewangan takaful, AIA Public Takaful Berhad akan terus meluaskan pengedaran produknya melalui usahawan agensi yang semakin berkembang di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Elmie Aman Najas berkata, potensi penembusan pasaran produk takaful di Malaysia yang masih luas serta kesedaran golongan muda mengenai produk perlindung­an dan pelaburan mendorong kepada perluasan perniagaan itu.

“Statistik daripada Persatuan Takaful Malaysia menunjukka­n perlindung­an takaful bagi Bumiputera sekitar 14 peratus saja. Usaha kami adalah memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentinga­n takaful.

“Kita mempunyai seramai 6,000 hingga 7,000 perunding untuk produk takaful di seluruh negara dan memberi fokus melahirkan perunding sepenuh masa yang berkualiti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Stable Vision Sdn Bhd (Stable Vision) di Klang, Selangor.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 95 peratus transaksi menggunaka­n teknologi tanpa kertas menggunaka­n peranti iPad, sekali gus memacu perniagaan ke tahap lebih baik.

Elmie berkata, golongan Gen Y didapati mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai manfaat takaful yang juga pemegang polisi paling ramai di syarikatny­a. Kuala Lumpur: LG Electronic­s (M) Sdn Bhd (LG Electronic­s Malaysia) mengumumka­n pembukaan cawangan Kedai Jenama LG 2017 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang melalui kerjasama yang dijalinkan dengan Lean Ee Lee Trading (LEL Electrical).

Cawangan terbabit akan menempatka­n produk LG yang berteknolo­gi dan memenangi pelbagai anugerah seperti LG OLED TV, LG Super UHD TV yang dilengkapi teknologi Nano Cell, Twinwash dan inovasi LG lain.

Pengarah Urusannya, David Oh berkata, pengenalan konsep kedai cawangan LG itu menerima maklum balas baik dan mencatatka­n pertumbuha­n kukuh melalui pembukaan 16 kedai di seluruh negara pada tahun lalu.

“Kedai jenama itu direka bagi menawarkan perkhidmat­an kepada asas pelanggan LG yang kukuh dan menyediaka­n pengalaman dalam merasai sendiri inovasi premium terkini daripada LG,” katanya pada pembukaan cawangan itu.

Beliau berkata, syarikat akan terus memenuhi permintaan kukuh pelanggan melalui sokongan kerjasama rakan runcit bagi memudahkan interaksi antara pelanggan dan syarikat.

“Kami akan terus memberi perkhidmat­an kepada pelanggan bernilai kami dan menjangkak­an pertumbuha­n berterusan pada masa depan bagi terus memberi perkhidmat­an terbaik kepada mereka,” katanya.

Sempena pembukaan itu, LG memberi pelbagai hadiah kepada pelanggan bermula 22 Jun hingga 31 Ogos depan di mana pelanggan dengan pembelian RM1,000 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah menarik melalui peraduan Beli dan Menang di samping turut layak membuat pembelian hadiah segera.

“Secara keseluruha­n, LG akan menawarkan sebanyak 450 hadiah dan baucar tunai ketika pembelian selagi stok masih ada,” katanya.

 ??  ?? PELANCARAN Kedai Jenama LG 2017 di Bukit Mertajam dengan kerjasama LEL Electrical.
PELANCARAN Kedai Jenama LG 2017 di Bukit Mertajam dengan kerjasama LEL Electrical.
 ??  ?? ELMIE Aman
ELMIE Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia