Harian Metro

27 kanta lekap tersangkut dalam mata

-

London: Pakar bedah di sebuah hospital di sini menemui 27 kanta lekap melekat pada mata seorang wanita ketika hendak melakukan pembedahan katarak ke atasnya.

Kanta berkenaan yang terkumpul pada mata pesakit berusia 67 tahun itu menyebabka­n wanita berkenaan tidak selesa dan menyangka ia berpunca daripada matanya yang kering dan usianya yang sudah lanjut.

Kejadian berlaku November lalu tetapi hanya didedahkan dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain.

Pakar oftalmolog­i, Rupal Morjaria yang mengangani kes itu di Hospital Solihull berhampira­n Birmingham memberitah­u majalah

“Kami tidak pernah menemui kes seperti ini. Ia sungguh tebal. Semua 17 kanta lekap itu melekat di dalam matanya. “Kami sungguh terkejut apabila pesakit berkata, dia tidak menyedarin­ya walaupun ia menyebabka­n rasa amat tidak selesa.”

Mulanya, pakar mata menemui 17 kanta berkenaan sebelum pemeriksaa­n lanjut mendapati terdapat 10 lagi kanta melekat di dalam mata pesakit itu.

Pesakit itu berkata, dia memakai kanta lekap sejak 35 tahun lalu tetapi jarang menjalani pemeriksaa­n.

Hasil daripada penemuan itu, wanita berkenaan yang berkata dia tidak sedar kanta lekapnya hilang, terpaksa menangguhk­an pembedahan katarak bagi mengelak risiko radang pada bahagian dalam mata.

Menurut Rupal: “Pesakit itu terkejut. Selepas dua minggu saya membuang kanta itu, dia berkata, matanya lebih selesa.” - Agensi

 ??  ?? 17 daripada kanta lekap yang dikeluarka­n dari mata pesakit berkenaan. - Agensi
17 daripada kanta lekap yang dikeluarka­n dari mata pesakit berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia