Harian Metro

Media sosial lain tidak disekat

- Agensi

Tindakan kerajaan sekat Telegram atas alasan keselamata­n negara

Pihak berkuasa Indonesia tidak bercadang menyekat media sosial lain selepas ia bertindak demikian ke atas Telegram.

“Tidak. Media sosial lain tidak akan disekat,” kata Presiden Joko Widodo semalam kepada wartawan selepas dia merasmikan Akademi Bela Negara di Pancoran, Jakarta Selatan.

Menurutnya, tindakan kerajaan menyekat Telegram dilakukan selepas aplikasi itu diawasi sekian lama dan mengambil keputusan itu atas alasan keselamata­n negara.

Kerajaan Indonesia menyekat semua akses kepada Telegram Jumaat lalu dengan berkata, ia mempunyai beberapa forum yang ‘penuh dengan propaganda radikal dan pengganas.

Semalam, Jokowi berkata, banyak aplikasi media sosial lain boleh digunakan penduduk Indonesia untuk berkomunik­asi.

“Kerajaan sudah sekian lama mengawasi dan kita menyekat akses kepada Telegam kerana mementingk­an keamanan, keamanan negara, keamanan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, pengasas aplikasi itu berkata semalam, pihaknya akan menutup saluran awam yang didakwa mempunyai hubungan dengan keganasan.

Indonesia yang menyaksika­n peningkata­n fahaman radikal tempatan sudahpun meningkatk­an kerjasama dengan negara jiran untuk menangani kebangkita­n kumpulan Daish di Asia Tenggara.

Pengasas aplikasi itu, Pavel Durov berkata di Telegram, berlaku salah faham antara syarikatny­a dengan pihak berkuasa Indonesia dan dia tidak menyedari mengenai permintaan kerajaan negara itu supaya menutup beberapa saluran aplikasi berkenaan.

“Kami bukan rakan pengganas,” kata Pavel dalam saluran Telegramny­a.

Dia juga mengaku kecewa terhadap tindakan Indonesia.

Menurutnya, selepas Indonesia bertindak demikian, Telegram mengambil langkah menyekat beberapa saluran yang dilaporkan kerajaan Indonesia mempunyai kandungan yang ada hubungan dengan keganasan.

Pihak keselamata­n di beberapa negara sebelum ini juga mengadu aplikasi penghantar­an mesej seperti Telegram dan Whatsap menyediaka­n ruang selamat bagi militan untuk berkomunik­asi.

Beberapa kerajaan, termasuk Australia dan Britain sebelum ini juga menggesa syarikat teknologi untuk bertindak lebih bagi membantu agensi keselamata­n menangani ancaman.

 ??  ?? JOKOWI
JOKOWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia