Harian Metro

3 banduan terbunuh, 10 masih diburu

-

Tiga bantuan terbunuh dan seorang cedera selepas mereka melarikan diri dari penjara di pulau di selatan Filipina yang juga menjadi kubu kuat militan.

Mereka adalah sebahagian daripada 14 tahanan yang melarikan diri dari penjara balai polis di Jolo, kata pihak berkuasa.

Jolo ialah pangkalan kumpulan Abu Sayyaf yang terbabit dalam kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan.

Ketua polis wilayah itu, Superinten­dan Kanan

Mario Buyuccan berkata, sebahagian tahanan yang melarikan diri itu ada hubungan dengan kumpulan terbabit.

“Mereka memotong jeriji jel dan terjun dari tingkat dua ke bumbung bangunan majlis perbandara­n yang bersebelah­an. Anggota kami bertindak balas dan tiga tahanan itu ditembak mati,” kata Buyuccan.

Tahanan yang cedera ditangkap semula sementara baki 10 lagi masih diburu.

Tahanan melarikan diri dari penjara di Filipina sering berlaku.

Dalam satu kejadian terbesar, lebih 150 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di selatan negara itu Januari lalu selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang penjara berkenaan.

Mei lalu, militan yang mengibarka­n bendera Daish membebaska­n 100 tahanan dari dua penjara di Marawi.

Bagaimanap­un,

Buyuccan berkata, kejadian semalam tidak ada kena mengena dengan pertempura­n di Marawi yang sudah meragut lebih 500 nyawa dan masih berterusan hingga ke hari ini. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia