Harian Metro

30 tahun simpan mayat ibu bapa berakhir

-

Edinburgh: Seorang lelaki yang enggan mengebumik­an mayat ibu bapanya sejak 30 tahun lalu, diberitahu oleh sebuah mahkamah di sini bahawa dia tidak boleh lagi menyimpan mayat berkenaan di dalam peti beku.

Melvyn Marcel menyimpan mayat Eugenois and Hilda Marcel di besmen sebuah bangunan di Edinburgh selepas kematian pasangan itu.

Polis menemui mayat berkenaan pada 2002 ketika menyiasat satu penipuan di sebuah rumah pengurusan mayat.

Sejak itu mayat berkenaan diletakkan di rumah mayat do West Lot h i a n.

Majlis Bandar Raya Edinburgh mendapat perintah mahkamah awal tahun ini untuk mengebumik­an mayat pasangan berkenaan selepas Melvyn dan adiknya, Nigel gagal menguruska­n pengebumia­n ibu bapa mereka.

Bagaimanap­un, Melvyn merayu keputusan itu dan menggesa seorang hakim membenarka­n dia menyimpan mayat ibu bapanya dalam peti beku di rumahnya sementara dia membina makam untuk mereka.

Hilda mati pada 10 Februari 1987 kerana barah paru-paru ketika berusia 68 tahun sementara Eugenois mati pada 31 Ogos 1994 pada usia 91 tahun, akibat barah prostat.

Hakim Mahkamah Sesyen kelmarin menolak rayuan Mercel.

Mayat berkenaan diarah dikebumi atau dibakar. Agensi Southgate: Sebuah restoran di bandar raya Detroit merampas semula gelaran pembuat burger terbesar di dunia.

Burger seberat 813 kilogram itu kini menjadi antara menu di Mallie’s Sports Grill & Bar.

Pemilik restoran, Steve Mallie mempunyai minat mendalam terhadap burger besar, bermula dengan menjual burger seberat 4.5 kilogram.

Pada 2008, dia menyertai pertanding­an peringkat dunia dan burger yang dibuatnya seberat 6.3 kilogram dinobatkan oleh Buku Rekod Dunia Guinness sebagai Burger Terbesar Yang Dijual Secara Komersial.

Bagaimanap­un, pada 2012, rekod itu diatasi sebuah restoran di Jepun.

Sepanjang empat tahun lalu Mallie merancang merampas semula kejuaraan itu.

“Kami membawa rekod itu semula ke tempat asalnya,” kata Mallie.

Menyediaka­n burger dengan menggunaka­n kira-kira 900 kilogram daging mentah bukan tugas

 ??  ?? MELVYN Marcel ketika keluar dari mahkamah di Edinburgh, kelmarin. - Agensi
MELVYN Marcel ketika keluar dari mahkamah di Edinburgh, kelmarin. - Agensi
 ??  ?? MALLIE (kiri) dibantu pekerjanya untuk menyiapkan burger seberat 813 kilogram minggu lalu. - Agensi
MALLIE (kiri) dibantu pekerjanya untuk menyiapkan burger seberat 813 kilogram minggu lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia