Harian Metro

Nasib gadis ‘orang pokok’

- Agensi

Seorang gadis berusia 12 tahun menderita kerana dipercayai menghidap penyakit ‘orang pokok.’

Bahagian kanan atas dada hingga ke tangannya kini berketuat seolah-olah seperti kulit pokok.

Tangan kanannya semakin teruk apabila ia semakin membesar dan mengherot menyebabka­n dia tidak dapat menggunaka­nnya.

Anehnya, bahagian kiri dada gadis Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Muktamoni itu, tidak terjejas walaupun doktor berkata, penyakit itu sudah merebak ke seluruh badannya.

Buat masa ini, Muktamoni menerima bantuan rawatan daripada Hospital Kolej Perubatan Dhaka, kata bapanya, Ibrahim Hossain kepada wartawan.

Tidak dapat dipastikan sama ada gadis itu sebenarnya menghidap epidermody­splasia verusicgor­mis (EV) penyakit ganjil yang digelar ‘wabak orang pokok’ atau tidak.

Jika disahkan dia menghidap penyakit itu, Muktamoni adalah antara kira-kira enam orang di seluruh dunia yang menghidapn­ya.

Januari lalu, seorang lelaki, juga warga Bangladesh disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Abul Bajander yang badannya penuh dengan ketuat seperti kulit pokok menjalani rawatan yang diharapkan doktor dapat mengubati keadaannya.

Ketika itu, Abu Bajander yang berusia 27 tahun dipercayai seorang daripada empat orang di dunia yang disahkan menghidap masalah kecelaruan genetik itu.

Pada bulan sama, seorang lagi budak perempuan Bangladesh dipercayai menghidap penyakit serupa.

Sahana Khatun mengalami tumbuhan seperti ketuat pada dagu, telinga dan hidungnya, tetapi doktor tidak dapat mengesahka­n penyakit itu.

Penghidap penyakit itu yang lain termasuk seorang lelaki Romania, Ion Toader dan Dede Koswara dari Indonesia.

Kulit badan berketuat seperti kulit pokok

 ??  ?? MUKTAMONI dipercayai antara
enam orang di dunia yang menghidap penyakit ganjil itu. Gambar kecil, keadaan tangan gadis
itu. - Agensi
MUKTAMONI dipercayai antara enam orang di dunia yang menghidap penyakit ganjil itu. Gambar kecil, keadaan tangan gadis itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia