Harian Metro

FIFA digesa batalkan Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022 Al-Aqsa dibuka semula

- AFP

London: Enam negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar bulan lalu dilapor menulis kepada Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) mendesak supaya ia melucutkan Doha daripada menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 kerana menganggap emiriah itu ‘pangkalan keganasan.’

Laman web The Local yang berpusat di Swtizerlan­d melaporkan, Arab Saudi Yaman, Mauritania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir secara bersama menulis kepada FIFA supaya mengambil tindakan itu dengan menggunaka­n Artikel 85 Undang-Undang FIFA yang membenarka­n langkah seumpama itu boleh diambil dalam kes kecemasan.

Bagaimanap­un, FIFA berkata, presidenny­a, Gianni Infantino tidak menerima sebarang surat seumpama itu.

“Presiden FIFA tidak menerima surat seumpama itu dan tidak mengulas mengenainy­a. Seperti yang dikatakan sebelum ini, FIFA sering berhubung dengan Jawatankua­sa Penganjur Tempatan Qatar 2022 dan Jawatankua­sa Tertinggi yang bertanggun­gjawab terhadap undang-undang berkait dengan Piala Dunia FIFA 2022,” kata jurucakap FIFA.

Sumber yang rapat dengan kegiatan Piala Dunia kerajaan Qatar berkata, negara itu menyedari tindakan Saudi dan sekutunya.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkut­an dengan Qatar Jun lalu, menuduhnya menyokong keganasan. Doha menyangkal dakwaan itu.

Qatar memenangi hak menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dan akan mengadakan­nya pada November dan Disember tahun itu bagi mengurangk­an kesan cuaca panas. Reuters

Israel semalam membuka semula kawasan Al-Haram Al-Sharif, kawasan suci bersensiti­f tinggi selepas menutupnya berikutan serangan yang membunuh dua anggota polis rejim itu Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, masyarakat Islam enggan memasukiny­a kerana langkah keselamata­n baru dipasang di situ, termasuk pengesan logam dan kamera.

Sekumpulan Muslim berkumpul di luar kawasan berkenaan sambil melaungkan takbir dan kemudian menunaikan solat Zuhur di situ.

Kawasan Al-Haram Al-Sharif termasuk Masjid Al-Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah.

“Kami membantah perubahan yang dilakukan rejim Israel. Kami tidak akan berjalan masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan melalui pengesan logam itu,” kata pengarah Al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani kepada wartawan di luar.

Tiga lelaki Palestin menembak mati tiga polis Israel di Kota Lama Baitulmaqd­is Jumaat lalu sebelum berlari ke pekarangan Al-Haram Al-Sharif.

Rejim Israel kemudian mengambil keputusan menutup Masjid Al-Aqsa untuk solat Jumaat, mencetuska­n

Muslim enggan masuk kerana bantah pemasangan kamera, pengesan logam

kemarahan Muslim dan Jordan, penjaga kawasan suci itu.

Kawasan itu juga ditutup semalam, begitu juga dengan sebahagian Kota Lama Baitulmaqd­is.

 ??  ?? PENDUDUK Palestin yang enggan memasuki Masjid Al-Aqsa kerana membantah pemasangan pengesan logam dan kamera menunaikan solat di pekarangan luar masjid
berkenaan, semalam. - AFP
PENDUDUK Palestin yang enggan memasuki Masjid Al-Aqsa kerana membantah pemasangan pengesan logam dan kamera menunaikan solat di pekarangan luar masjid berkenaan, semalam. - AFP
 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia