Harian Metro

LAPAN DAERAH MENANTI OBOR

- BERNAMA

 Semarak Larian Obor KL2017 diteruskan di Terengganu

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan kini tiba di Terengganu dengan disambut meriah bersama iringan kereta kuda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima obor acara itu daripada Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Kelantan Datuk Zawawi Othman di pintu gerbang sempadan Kuala Besut, Kampung Panchakan, Pasir Puteh kira-kira pukul 2.45 petang semalam.

Ahmad Razif sempat berlari membawa obor itu sejauh 50 meter sebelum dibawa menaiki kereta kuda dan disambut 2,000 orang di Dataran Muara Kuala Besut.

“Terengganu akan membawa (obor) ke semua lapan daerah hingga ke destinasi terakhir iaitu Kemaman pada 24 Julai ini. Seramai 71 atlet Terengganu yang mewakili negara juga akan turut sama menyertai acara ini. Keunikan gimik ini nanti adalah obor ini akan dibawa melalui laluan laut iaitu dengan menyelam (skuba driving) di Pulau Perhentian esok,” katanya.

Ahmad Razif berkata, temasya Sukan SEA mampu memupuk semangat solidariti dan cintakan tanah air yang tidak berbelah bagi.

“Kita harus bersyukur dengan apa yang sudah kita kecapi, dengan apa yang kita sediakan ‘molek doh’. Moga pasukan Malaysia akan dapat mengumpul pingat emas terbanyak dan menjadi juara Sukan SEA 2017,” katanya.

Selain itu dalam sidang media, beliau berkata kerajaan negeri bersedia memberi imbuhan kepada atlet Terengganu yang berjaya meraih pingat.

Bagaimanap­un, bentuk ganjaran akan ditentukan kemudian berdasarka­n peruntukan yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri mengikut kategori tertentu.

Mengenai acara perlumbaan kuda lasak endurance di Terengganu Internatio­nal Park, Lembah Bidong, Setiu, Ahmad Razif berkata, segala persiapan sudah dibuat termasuk penyediaan latihan kepada sukarelawa­n dan beliau berharap acara itu dapat berlangsun­g seperti yang dirancang.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan turut mewakili kontinjen negara bagi acara endurance dalam sukan ekuestrian.

Esok larian obor akan bermula di Jeti Kuala Besut sebelum dibawa ke Pulau Perhentian, Setiu manakala pada 18 Julai ke Bandar Permaisuri dan seterusnya ke Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kerteh dan terakhir di Kemaman pada 24 Julai.

 ??  ?? AHMAD Razif (lima dari kiri) merasmikan Majlis Penyerahan dan Perarakan Obor KL2017 peringkat negeri Terengganu di Kuala Besut, semalam.
AHMAD Razif (lima dari kiri) merasmikan Majlis Penyerahan dan Perarakan Obor KL2017 peringkat negeri Terengganu di Kuala Besut, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia