Harian Metro

Kisona tunjuk belang “K

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Jinakkan rakan senegara Ying Ying, juarai Siri Antarabang­sa Malaysia

ali ini saya menang dengan penuh yakin,” ujar pemain perseorang­an wanita negara, S Kisona yang berjaya menggondol gelaran Siri Antarabang­sa Malaysia selepas menumpaska­n rakan senegara, Lee Ying Ying pada perlawanan akhir semalam.

Menurut pemain dari Negeri Sembilan itu, sebelum ini selepas berjaya muncul juara Siri Antarabang­sa Indonesia dia tidak melakukan persiapan dengan lebih bagus berbanding di sini yang membolehka­nnya mencatat kemenangan 16-21, 21-15, 21-17.

“Memang

(gambar)

rasa gembira dengan kemenangan ini kerana dalam permainan sebelum ini di peringkat awal saya tidak bermain dengan baik. Bagaimanap­un, selepas berjaya mara ke perlawanan akhir saya berjaya mengatasi ketakutan dan kekurangan,” katanya selepas perlawanan di Kompleks Kejiranan Presint 11 semalam.

Jelasnya, ketika di Indonesia (Siri Antarabang­sa Indonesia) dia tidak melakukan persiapan baik namun di sini dia berjaya membina keyakinan dari awal hingga ke pentas akhir.

“Setidak-tidaknya kejuaraan Siri Antarabang­sa kali kedua ini berjaya meningkatk­an keyakinan saya bagaimana untuk mengawal ketakutan dan tekanan. Jadi saya sangat gembira dan mengucapka­n terima kasih kepada jurulatih (Rony Agustinus) dengan semua sokongan.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk berada dalam kelompok 50 pemain terbaik dunia, saya perlu fokus satu demi satu kejohanan kerana baru masuk menjadi pemain senior,” katanya yang berharap permainann­ya banyak berubah di bawah ketua jurulatih perseorang­an wanita, Tey Seu Bock.

Kisona yang pernah beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2014 di Alor Setar mengakui dia perlu memberi fokus untuk memperkuat­kan kaki dan fokus kepada kemahiran individu.

Turut meraih kejuaraan pasangan beregu wanita negara, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi yang mengalahka­n gandingan Thailand, Kittipak Dubthuk-Natcha Saengchote 21-16, 21-17.

Sementara itu, dalam acara beregu lelaki Lee Jian Yi-Lim Zhen Ting berjaya mengalahka­n Chen Tang Jie-Soh Wooi Yik 24-22, 21-19, manakala perseorang­an lelaki negara, Cheam June Wei tumpas di tangan Loh Kean Yew dari Singapura 19-21, 14-21.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia