Harian Metro

Kasma jagoan saingan CP150

-

Kuala Lumpur: Kasma Daniel Kasmayuddi­n menepati jangkaan apabila mudah meraih kemenangan dalam saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar MAEPS, Serdang, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu bersendiri­an melintasi garisan penamat dengan masa keseluruha­n 15:59.423s, lapan saat di depan pemenang tempat kedua.

(gambar)

“Memang strategi saya untuk cuba menjarakka­n diri daripada pelumba lain dari awal perlumbaan kerana tidak mahu bersaing dalam kelompok besar.

“Litar ini mempunyai banyak selekoh sempit dan permukaan jalan yang semakin teruk. Saya cuba mengekalka­n masa sepusingan dengan konsisten kerana tidak mahu terbabit insiden tidak diingini,” jelas Kasma.

“Mungkin ada lagi perlumbaan Cub Prix selepas ini yang saya tidak dapat beraksi, jadi saya perlu menang dan tidak boleh kehilangan mata berharga.”

Di sebalik kemenangan mudah Kasma, persaingan lebih terarah kepada perebutan pemenang tempat kedua dan ketiga antara rakan sepasukan Kasma, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ), Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) dan Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) terutama ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Md Ramdan bijak menggunaka­n ruang untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 16:08.169s manakala Ahmad Afif yang berada di kedudukan keenam di peringkat awal perlumbaan bijak mencuri ruang memintas sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di podium dengan masa 16:08.466s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia